Page 106 - Kit Ramadhan & Syawal
P. 106
Kit
Ramadan dan Syawal
Kit Ramadan dan Syawal
Bolehkah membatalkan puasa ganti Ramadan?
Ummu Hani’ RA meriwayatkan beliau bertanya:
“Wahai Rasulullah, sesungguhnya aku telah berbuka sedangkan aku berpuasa”. Maka Rasulullah SAW berkata kepadanya:
“Adakah kamu sedang mengqadhakan sesuatu (puasa)”. Beliau berkata: “Tidak”. Sabda Rasulullah SAW: “Maka tidak
memudaratkan kamu (tidak berdosa) sekiranya ia puasa sunat”.
Riwayat Abu Daud
Puasa ganti Ramadan merupakan fardu ain ke atas mereka yang meninggalkannya. Oleh itu membatalkannya dengan sengaja
adalah haram.
Wajib menyempurnakan puasa ganti Ramadan melainkan terdapat uzur yang disyariatkan seperti sakit, haid, atau bermusafir.
Puasa dan fidyah si mati yang telah melangkaui tahun
Aisyah RA meriwayatkan bahawa Nabi SAW bersabda:
“Siapa yang mati dan padanya terdapat puasa yang belum digantikan, maka walinya berpuasa bagi pihak (si mati).”
Riwayat al-Bukhari
Harus bagi waris si mati untuk menggantikan baki puasa yang telah ditinggalkan oleh si mati. Namun, wajib dikenakan fidyah
bagi setiap hari puasa yang ditinggalkan kerana telah melewatkan qada puasa.
Fidyah tersebut hendaklah diambil daripada harta pusaka si mati. Namun, sekiranya si mati tidak meninggalkan harta pusaka,
diharuskan wali si mati untuk mengeluarkan hartanya sendiri bagi melepaskan si mati daripada tanggungan tersebut.
Namun sekiranya maklumat meninggalkan puasa berkaitan si mati tidak diketahui, maka waris tidak perlu merasa terbeban
104 dengan tanggungjawab menggantikan puasa atau membayar fidyah.