Page 107 - Kit Ramadhan & Syawal
P. 107

Kit
                                                                                      Ramadan dan Syawal
                                                                               Kit   Ramadan dan Syawal




                      Adakah perlu ganti puasa kerana was-was

                                                    Kaedah fiqh menyebut :
                                         Keyakinan tidak dihilangkan dengan syak (keraguan).


                 Jika was-was terhadap puasa yang telah dilakukan pada Ramadan yang lepas, sama ada sah atau tidak, puasa tersebut dikira
                 sah dan tidak perlu diganti kecuali terdapat bukti yang yakin bahawa puasanya telah terbatal.

                 Jauhilah sifat was-was dan ragu-ragu kerana ia adalah hasil daripada bisikan syaitan yang akhirnya menyebabkan kepayahan
                 dan kehidupan seharian menjadi rumit.

                      Perlukah isteri mendapat keizinan suami untuk qada puasa?


                                  Hammam bin Munabbih RA meriwayatkan bahawa Nabi SAW bersabda:
                    “Tidak dibenarkan berpuasa bagi seorang wanita (isteri) sedangkan suaminya berada di sisinya melainkan dengan
                                                        keizinannya.”
                                                                                              Riwayat Muslim

                 Seseorang isteri wajib meminta izin suaminya apabila hendak menunaikan puasa ganti sekiranya suami berada di rumah dan
                 tempoh untuk menggantikan puasa tersebut masih panjang.
                 Namun begitu, sekiranya suami berada di sisinya namun tempoh untuk menggantikan puasa tersebut adalah singkat, maka
                 harus hukumnya bagi isteri untuk berpuasa ganti tanpa keizinan suami.
                 Harus bagi seorang isteri berpuasa ganti tanpa keizinan suami sekiranya suami tidak berada di sisinya.
                                                                                                            105
   102   103   104   105   106   107   108   109   110   111   112