Page 3 - Soalan 1
P. 3

SULIT*                                     2


                                                  Bahagian A [50 markah]

                                                        Bahagian A
                                                        [50  markah]

                   Jawab semua soalan.

                   1  (a)  Terangkan maksud kemahiran teknikal dan berikan satu contoh  yang
                           berkaitan dengan pengurusan sebuah kilang perabot.                      [4]


                               Menentukan matlamat dan       Menganalisis persekitaran
                               objektif                      perniagaan


                                                Z               Y               X


                                              Gambar rajah proses perancangan

                      (b)  Berdasarkan  gambar  rajah  di  atas,  nyatakan  langkah  X,  Y,  Z  dan
                           huraikan setiap langkah tersebut.                                       [6]


                      (c)  Huraikan amalan gaya kepimpinan yang sesuai bagi pengurus syarikat
                           swasta berdasarkan pekerja bercirikan Teori X dan Teori Y.              [6]

                      (d)  Nyatakan langkah proses kawalan.                                        [4]

                      (e)  Huraikan tiga bentuk remedi mengikut Akta Kontrak 1950 (termasuk
                           pindaan).                                                               [6]

                      (f)  Berikan  empat  elemen  kontrak  dalam  Akta  Jualan  Barangan  1957
                           (termasuk pindaan).                                                     [4]


                             Pengurus  Pemasaran  Syarikat  Sinar  Bintang  iaitu  Encik  Kamal-
                             Ludin  Satar  sedang  memberi  taklimat  kepada  10  orang  jurujual
                             tentang  strategi  pemasaran  dengan  menggunakan  Internet.  Beliau
                             telah  membawa  contoh  kejayaan  syarikat  pesaing  yang  telah
                             berjaya dalam perniagaan menggunakan strategi tersebut. Semasa
                             memberi  taklimat,  beliau  menjawab  semua  persoalan  yang
                             diajukan oleh segelintir jurujual.
                             .
                      (g)  Berdasarkan  petikan  di  atas,  jelaskan  tiga  langkah  pertama  dalam
                           proses komunikasi yang berlaku semasa taklimat tersebut.                [6]

                      (h)  Jelaskan  kepentingan  elemen  masa  dan  elemen  etika  semasa
                           perundingan antara pengurus pemasaran dengan pihak bank.                [4]
   1   2   3   4   5   6