Page 5 - Soalan 1
P. 5

SULIT*                                     4


                          Pengamalan budaya kerja yang berteraskan nilai-nilai murni seperti kewibawaan,
                   kepantasan,  komitmen  dan  keprihatinan  telah  dititikberatkan.  Voice  Berhad
                   mengutamakan  aspek  keselamatan  dan  kesihatan  tempat  kerja  kerana  mampu
                   menyumbangkan  kepada  keuntungan,  pulangan  atas  pelaburan  dan  kecemerlangan.
                   Voice  Berhad  juga  mempunyai  kedudukan  kewangan  yang  kukuh  ekoran  daripada
                   keuntungan  operasi,  langkah  penjimatan,  pelaburan  jangka  pendek  dan  penjualan  aset
                   yang  tidak  penting.  Pendapatan  syarikat  telah  meningkat  diikuti  dengan  peningkatan
                   keuntungan bersih dapat meningkatkan pulangan kepada pemegang saham.
                          Perkembangan  industri  teknologi  komunikasi  menyebabkan  berlakunya
                   perkembangan dalam ekonomi negara termasuklah meluaskan perkhidmatan komunikasi
                   di  kawasan  luar  bandar.  Pihak  kerajaan  terus  menyokong  dengan  mewujudkan  Dasar
                   Telekomunikasi Negara pada tahun 1994, kesannya telah berjaya memastikan kemudahan
                   telekomunikasi  terus  dipertingkatkan.  Kewujudan  persaingan  baharu  dan  sengit  dalam
                   industri  telekomunikasi  menyebabkan  wujudnya  strategi  produk  yang  murah.
                   Peningkatan jumlah penduduk Malaysia menjadi pemangkin perniagaan yang sihat dan
                   celik  teknologi  maklumat.  Seiring  dengan  dasar  kerajaan  pro  liberalisasi  ekonomi
                   terhadap  27  sub  sektor  berkaitan  perkhidmatan  telah  mewujudkan  persekitaran  mesra
                   perniagaan walaupun telah berlaku kemelesetan ekonomi. Pihak kerajaan turut memberi
                   peruntukan  besar  melalui  Rancangan  Malaysia  Ke-9  dan  Rancangan  Malaysia  Ke-10
                   dalam usaha membangunkan infrastruktur Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) di
                   luar bandar.
                                                          (Disesuaikan daripada Pengurusan Strategik Konsep dan Kes,
                                                                       Petaling Jaya: Pearson Malaysia 2011)


                          Berdasarkan  kes  di  atas,  dengan  menggunakan  analisis  Strength,  Weaknesses,
                   Opportunities,  Threats  (SWOT),  jelaskan  aplikasi  analisis  Strength  dan  Opportunities
                   bagi Voice Berhad dalam membantu kejayaan dalam perniagaan telekomunikasi.    [34]



                   3      Jawab satu soalan sahaja, sama ada soalan 3(a) ATAU soalan 3(b)


                      (a)  Jelaskan  proses  pembuatan  keputusan  berdasarkan  maklumat  yang
                           diperolehi daripada penggunaan Teknik Delphi.                        [16]

                                                         ATAU

                      (b)  Jelaskan jenis komunikasi lisan yang boleh digunakan dalam media
                           komunikasi internet terkini.                                         [16]
   1   2   3   4   5   6