Page 4 - Soalan 1
P. 4
SULIT* 3
Encik Muhamad Rahman pengusaha golf di Johor Bahru.
Setelah kegawatan ekonomi, perniagaannya merosot dan beliau
mendapati modalnya tidak mencukupi untuk menyelenggara
tempat dan bangunan perniagaannya. Pekerja asing telah
ditamatkan perkhidmatan kerana tidak mampu membayar gaji,
tambahan pula pekerja malas menjalankan tanggungjawab.
Berdasarkan situasi di atas, lakarkan gambar rajah analisis tulang ikan
(i) [6]
yang sesuai.
(j) Berikan empat faktor situasi pembuatan keputusan. [4]
Bahagian B
[50 markah]
Baca petikan di bawah ini dan jawab soalan yang mengikutinya.
Voice Berhad
2 Voice Berhad merupakan salah sebuah syarikat peneraju utama industri
komunikasi negara. Syarikat ini telah ditubuhkan pada 12 Januari 1986, telah berjaya
dalam dunia perniagaan telekomunikasi sehingga ke peringkat antarabangsa. Visi Voice
Berhad ialah “Menjadi sebuah syarikat telekomunikasi terkemuka di dunia” manakala
misi Voice Berhad ialah “Memberi perkhidmatan bertaraf dunia kepada pelanggan”.
Sementara objektif ialah “Sebagai sebuah syarikat telekomunikasi yang dinamik dan
bergerak di atas landasan menjana keuntungan maksimum untuk pemegang saham”.
Program pembangunan sumber manusia menjadi penekanan khusus kepada Voice
Berhad kerana hampir semua institut latihan diusahakan Voice Berhad dengan kerjasama
institut pengajian tinggi tempatan dan antarabangsa. Seramai 40,000 orang pekerja
dirancang melalui program latihan dan kemahiran secara teratur berdasarkan tiga kategori
pekerja iaitu pekerja mahir, pekerja separuh mahir dan pekerja tidak mahir. Pihak
pengurusan Voice Berhad kerap menganjurkan majlis makan malam bagi mengenangkan
jasa pekerja dan menyebar luaskan visi, misi dan objektif Voice Berhad melalui hari
keluarga, karnival sukan kebangsaan, bengkel dan seminar.
Voice Berhad secara tekal akan memilih pemimpin berteraskan konsep peserta
aktif dan pemangkin supaya dapat melahirkan pemimpin yang dinamik, progresif dan
berpandangan jauh. Pengurusan atasan Voice Berhad memberi kuasa penuh kepada setiap
pengurus membuat keputusan melalui cadangan menggunakan penjabatan berasaskan
geografi atau fungsian. Selain itu, Voice Berhad telah melabur jutaan ringgit dalam
aktiviti penyelidikan dan pembangunan (R&D) produk, pemasaran dan perkhidmatan
pelanggan bertujuan menyumbangkan kepada pengukuhan kedudukan dalam pasaran dan
industri.