Page 3 - Microsoft Word - P2_3
P. 3

2



                                                      Bahagian A
                                                       [50 markah]

               Jawab semua soalan.

                   (1)   Huraikan  maksud  pemusatan  autoriti  dan  pemencaran  autoriti  dalam
                         pengorganisasian.                                                                [4]

                   (2)   “Motivasi  dan  semangat  pekerja  bergantung  kepada  keperluan  yang  telah
                         dipenuhi. Peralihan kepada keperluan peringkat yang lebih tinggi akan menjadi
                         pendorong kepada seseorang pekerja untuk melakukan sesuatu tugas.”
                         Nyatakan teori motivasi di atas dan senaraikan keperluan yang dimaksudkan.       [6]

                   (3)   Huraikan  bagaimana  kaedah  kawalan  awalan  dapat  menjamin  keselamatan
                         sesuatu  produk  pelangsingan  badan  agar  ia  selamat  dan  tidak  memberi  kesan
                         sampingan kepada kesihatan pengguna.                                             [4]

                   (4)   Jelaskan  tiga  faedah  penggunaan  Carta  Gantt  dalam  perancangan  suatu  projek
                         pembinaan lebuh raya.                                                            [4]

                   (5)   Senaraikan empat contoh pelawaan tawaran.                                        [4]

                   (6)   Hamizah  telah  memberi  pajakan  tanah  kepada  Perkongsian  Izzat  dan  Zarif
                         dengan  hargaRM100  sebulan,  seberapa  lama  perkongsian  itu  ingin  memajak
                         tanah tersebut. Jelaskan sama ada kontrak antara Hamizah dan Perkongsian Izzat  [6]
                         dan Zarif boleh diteruskan atau tidak.

                   (7)   Nyatakan empat cara sesuatu kontrak boleh dilepaskan seperti diperuntukkan di
                         bawah Akta Kontrak 1950.                                                         [4]

                   (8)   Suatu  mesyuarat  bulanan  sedang  diadakan  di  dalam  bilik  mesyuarat  berkaitan
                         kejatuhan  jualan  bulan  lalu.  Jelaskan  halangan-halangan  psikologikal  dan
                         sosiologikal yang mungkin berlaku.                                               [6]

                   (9)   Huraikan dua faktor situasi pembuatan keputusan.                                 [4]

                   (10)  Lakarkan gambar rajah tulang ikan dalam proses pembuatan keputusan seorang
                         pengurus kilang yang menghadapi kemerosotan jualan kasut sukan.                  [6]
   1   2   3   4   5