Page 4 - Microsoft Word - P2_3
P. 4

3



                                                       Bahagian B
                                                       [35 markah]

               Jawab semua soalan.

                                                  Syarikat Micro Tech

               11             Syarikat Micro Tech ialah sebuah syarikat komputer yang telah beroperasi selama
                    lima  tahun.  Syarikat  ini  memasarkan  jenama  komputer  Micro  dan  mempunyai  ibu
                    pejabat  di  Shah  Alam,  Selangor.  Datuk  Zulkifli  Mansor  merupakan  Ketua  Pegawai
                    Eksekutif  yang  berperanan  untuk  menentukan  hala  tuju  dan  perancangan  strategik
                    syarikat. Syarikat ini juga memiliki dua cawangan di Pulau Pinang dan Johor Baharu.
                    Semua cawangan diketuai oleh seorang pengurus cawangan.

                               Pengurus  cawangan  di  Pulau  Pinang  ialah  Encik  Ramon.  Beliau  mempunyai
                    seramai  50  staf  di  bawahnya.  Beliau  ialah  seorang  yang  bersikap  tegas,  sentiasa
                    membuat keputusan sendiri, dan suka mengarahkan pekerjanya. Pekerja langsung tidak
                    diberikan peluang untuk menyuarakan idea atau pendapat mereka. Hal ini menyebabkan
                    pekerjanya  kurang  bermotivasi  dan  menjadi  tidak  produktif.  Encik  Ramon  terlalu
                    mengawal  pekerjanya  dan  kurang  memberi  kebebasan  kepada  pekerjanya  sehingga
                    menyebabkan hubungan interpersonal terganggu. Dia mengandaikan semua pekerjanya
                    kurang mempunyai kepakaran dan pengetahuan.  Oleh sebab sikap Encik Ramon  yang
                    tegas  itu,  pekerjanya  berasa  tidak  berpuas  hati  dan  kadar  lantik  henti  pekerja  di
                    cawangannya  adalah  tinggi.  Keadaan  ini juga  mendorong  kepada  kadar  ponteng  kerja
                    yang semakin meningkat dan akhirnya prestasi kerja menurun.

                           Cawangan Micro Tech di Johor Baharu pula diketuai oleh Encik Michael. Beliau
                    seorang yang peramah dan menaruh kepercayaan ke atas kebolehan pekerjanya. Encik
                    Michael memberi kebebasan kepada pekerjanya untuk menyuarakan idea dan pandangan
                    serta  sentiasa bekerjasama  dengan pekerjanya  untuk  membuat  keputusan  yang  terbaik
                    bagi  cawangannya.  Adakalanya  beliau  sempat  meluangkan  masa  untuk  berbual-bual
                    dengan pekerjanya dan juga membelikan pizza atau burger  kepada pekerjanya berjaya
                    menyiapkan  sesuatu  projek  atau  dapat  meningkatkan  hasil  jualan  cawangan.  Encik
                    Michael  juga  senang  didampingi  oleh  pekerja  apabila  mereka  mengalami  sesuatu
                    masalah. Dia sentiasa mendelegasikan tugas dan tanggungjawabnya kepada pekerjanya
                    kerana  dia  percaya  ini  dapat  mengurangkan  beban  tugasnya  dan  membolehkan  beliau
                    menumpukan pada hal-hal yang lebih penting selain menjimatkan masanya. Selain itu,
                    pekerja Encik Michael juga berpeluang untuk meningkatkan kemahiran, kecekapan dan
                    memudahkan laluan kenaikan pengkat. Kesan delegasi ini juga dapat membentuk sikap
                    positif dalam kalangan pekerjanya, sekali gus meningkatkan keyakinan dan komitmen
                    pekerjanya. Beban Encik Michael dapat dikurangkan dan beliau berasa kurang tertekan
                    dan  lebih  berfokus.    Oleh  itu,  pekerjanya  amat  produktif  dan  bermotivasi  tinggi
                    menyebabkan hasil jualan cawangan juga semakin meningkat.

                              (Disesuaikan daripada Laporan Kajian Kes Penuntut Universiti Malaysia Sabah,
                                                                                         September 2016)
   1   2   3   4   5