Page 5 - Microsoft Word - P2_3
P. 5
4
Berdasarkan situasi di atas;
(a) Lakarkan carta organisasi bagi Syarikat Micro Tech dan huraikan jenis [7]
penjabatan yang diamalkan. [18]
(b) Jelaskan gaya kepimpinan Encik Ramon dan Encik Michael.
(c) Nyatakan empat sebab Encik Michael mendelegasikan tugas kepada
pekerjanya. [4]
(d) Jelaskan kesan-kesan gaya kepimpinan yang diamalkan oleh Encik Ramon. [6]
Bahagian B
[15 markah]
Jawab satu soalan sahaja, sama ada soalan 12 atau soalan 13.
12 (a) Pihak A telah membayar RM10 000 kepada pihak B kerana membeli empat
saham kepunyaan pihak B dalam sesebuah firma urus niaga saham. Pihak A
mendakwa dia membeli saham akibat daripada salahnyataan mengenai
kedudukan kewangan dan masa depan tentang firma. Pihak A mengambil
tindakan menuntut jumlah tersebut. Bolehkan pihak A mendapatkan wangnya
kembali? Jelaskan.
(b) Pihak P telah menawarkan untuk membeli rumah pihak Q dan memberinya
masa selama lima minggu untuk menerima tawaran tersebut. Dalam jangka
masa itu, pihak P telah membatalkan tawarannya. Adakah pihak P berhak
membatalkan tawarannya? Jelaskan.
(c) Pihak X telah bersetuju untuk menghantar kepada isterinya RM2 500 bagi
pembiayaan isterinya semasa dia bekerja di luar negara. Malangnya, pihak X
gagal menepati janjinya. Isterinya telah membawa kes ini ke mahkamah.
Adakah terbentuk kontrak antara mereka? Jelaskan. [15]
ATAU
13 Huraikan tiga kaedah mendengar secara berkesan yang boleh diamalkan oleh
pendengar semasa menerima sesuatu mesej.
[15]