Page 3 - Soalan 2
P. 3
SULIT* 2
Bahagian A [50 markah]
Jawab semua soalan.
1 Huraikan dua prinsip berikut yang diperkenalkan oleh Henry Fayol:-
(i) Autoriti
(ii) Esprit de Corps [4]
2 Jelaskan jenis perancangan peringkat pertengahan dalam sebuah syarikat
automobil. [4]
3 Senaraikan proses pengorganisasian dalam sebuah perniagaan yang dijalankan. [5]
4 Huraikan tiga jenis kuasa yang perlu ada pada seorang pemimpin dalam sebuah
organisasi. [6]
5 Perihalkan gaya kepimpinan yang sesuai dalam menangani tingkah laku pekerja
mengikut teori McGregor. [6]
6 Nyatakan empat elemen penting kontrak dalam Akta Jualan Barangan 1957
(termasuk pindaan). [4]
7 Huraikan kelayakan seseorang untuk berkontrak dalam elemen keupayaan
mengikut Akta Kontrak 1950 (termasuk pindaan). [6]
8 Huraikan tiga prinsip berunding antara pegawai bank dengan peniaga. [6]
9 Nyatakan empat yang pertama proses pembuatan keputusan. [4]
10 Syarikat Bisran ingin meningkatkan hasilnya melalui dua alternatif seperti
berikut:-
Alternatif Pasaran meningkat Pasaran menurun
Melancarkan promosi RM 70 000 Rugi RM 20 000
Meningkatkan kualiti RM 80 000 Rugi RM 30 000
dan bilangan jurujual
kebarangkalian 60% 40%
Berdasarkan maklumat di atas, hitungkan nilai jangkaan kewangan berdasarkan
alternatif dan nyatakan alternatif terbaik yang boleh dilaksanakan oleh syarikat
tersebut. [5]