Page 5 - Soalan 2
P. 5

SULIT*                                     4


                   atur supaya anggota pekerja dapat memberikan perkhidmatan terbaik kepada
                   organisasi.

                          Datin Paduka Siti Sa’diah Sheikh Bakir tidak kedekut ilmu terhadap
                   pekerjanya, malah sentiasa mendedahkan sebanyak mungkin maklumat dan
                   pendidikan  bagi  membantu  orang  bawahan.  Apabila  anggota  pekerjanya

                   berdedikasi  dan  rajin  menjalankan  tugas,  beliau  tidak  teragak-agak
                   memberikan ganjaran yang sewajar kepada anggota pekerja.

                          Datin Paduka Siti Sa’diah Sheikh Bakir mempunyai azam dan iltizam
                   yang  cukup  teguh.  Beliau  ingin  terus  menimba  pelbagai  perkara  baharu
                   dalam bidang pengurusan dalam usaha meningkatkan kredibiliti. Beliau juga
                   bercita-cita  ingin  terus  membina  satu  kumpulan  kerja  tenaga  kerja  yang
                   berilmu, berdedikasi dan sama-sama berusaha menentukan kejayaan syarikat
                   dan kumpulan di bawah KPJ. Datin Paduka Siti Sa’diah Sheikh Bakir mahu
                   setiap pesakit yang mendapatkan rawatan di hospital-hospital di bawah KPJ
                   berpuas  hati  dengan  perkhidmatan  yang  disediakan.  Selain  itu  beliau
                   berharap dengan gabungan padu tenaga profesional dan pengurusan, beliau
                   dan  KPJ  dapat  meningkatkan  lagi  industri  pelancongan  kesihatan  di
                   Malaysia.

                     (Dipetik dan diubahsuai daripada Usahawan Malaysia PTS Profesional Publisihing Sdn
                                                                                        Bhd. Tahun 2007)


                   Berdasarkan kes di atas,
                       (a) Jelaskan jenis kepimpinan yang diamalkan oleh Datin Paduka Siti Sa’diah Sheikh
                          Bakir  sebagai  Pengarah  Urusan  Kumpulan  Perubatan  Johor  (KPJ)  Berhad.
                                                                                                  [22]

                       (b) Jelaskan  ciri-ciri  kepimpinan  yang  perlu  ada  pada  Datin  Paduka  Siti  Sa’diah
                          Sheikh  Bakir  untuk  melakukan  perubahan  Kumpulan  Perubatan  Johor  (KPJ)
                          Berhad.                                    .                            [16]



                   Jawab satu soalan sahaja, sama ada soalan 12 atau soalan 13


                   12  Jelaskan tiga halangan komunikasi yang berlaku dalam firma perniagaan.        [12]


                   13  Huraikan perbezaan peringkat perancangan dalam sesebuah organisasi.           [12]
   1   2   3   4   5   6