Page 4 - Soalan 2
P. 4

SULIT*                                     3


                                                  Bahagian B [50  markah]

                   Baca petikan di bawah ini dan jawab soalan yang mengikutinya.

                                          Datin Paduka Siti Sa’diah Sheikh Bakir

                   11     Datin  Paduka  Siti  Sa’diah  Sheikh  Bakir  adalah  Pengarah  Urusan
                   Kumpulan Perubatan Johor (KPJ) Berhad dan memegang jawatan tersebut
                   pada  1  Mac  1993.  Beliau  merupakan  graduan  bidang  Ekonomi  dari
                   Universiti Malaya dan memulakan kerjayanya dalam Johor Corporation (J-
                   Corp) pada tahun 1974 serta terlibat sepenuhnya dalam kumpulan Perubatan
                   Johor pada tahun 1978. Sebagai Ketua Eksekutif Bahagian Prisihatin, Datin
                   Paduka  Siti  Sa’diah  Sheikh  Bakir  juga  merupakan  Pengerusi  Malaysian
                   Society  Quality  in  Health  iaitu  satu  badan  sukarela  yang  ditubuhkan  oleh
                   Kementerian  Kesihatan,  Persatuan  Hospital-hospital  Swasta  dan  Persatuan
                   Perubatan  Malaysia  (MMA).  Pendidikan  dan  pengalaman  yang  ada  pada
                   beliau,  memudahkan  beliau  melakukan  tranformasi  dalam  pengurusan
                   Kumpulan Perubatan Johor (KPJ) Berhad.

                          Sebagai  wanita  yang  mampu  menempatkan  diri  dalam  melakukan
                   perubahan kumpulan pengurusan yang rata-rata dimonopoli oleh golongan
                   lelaki, beliau mempunyai rahsia tersendiri sehingga mampu membangunkan
                   KPJ  bersama-sama  ahli  Lembaga  Pengarah  yang  lain.  Beliau  begitu
                   mementingkan  kerjasama  berpasukan  serta  yakin  kejayaan  hanya  dicapai
                   apabila setiap pihak saling bersatu hati dan bantu membantu. Datin Paduka
                   Siti  Sa’diah  Sheikh  Bakir  memberitahu  kepada  anggota  pekerja  supaya
                   memberikan  perhatian  dan  tumpuan  yang  tidak  berbelah  bahagi  semasa
                   menjalankan tugas. Setiap anggota tidak perlu merasa bosan meningkatkan
                   ilmu  pengetahuan  bahkan  mereka  perlu  mengekalkan  sikap  displin  yang
                   tinggi.  Beliau  juga  seorang  yang  begitu  mementingkan  ilmu  pengetahuan
                   dan sentiasa berusaha  menambahkan ilmu pengetahuan. Datin Paduka Siti
                   Sa’diah  Sheikh  Bakir  pernah  memberitahu  perlambangan  para  pekerja  di
                   KPJ  unik  sedikit  iaitu  menukarkan  istilah  kakitangan  kepada  anggota
                   pekerja. Ini adalah kerana apabila dipanggil kakitangan, oleh itu hanya kaki
                   dan  tangan  sahaja  yang  bertugas,  sebaliknya  apabila  dipanggil  anggota
                   pekerja,  ini  bermakna  mereka  menggunakan  semua  anggota  dalam
                   memberikan  perkhidmatan  kepada  organisasi.  Oleh  itu,  Datin  Paduka  Siti
                   Sa’diah  Sheikh  Bakir  berpendapat,  cadangan  ada  masanya  lebih  bagus
                   apabila datang daripada pihak bawahan kerana mereka lebih tahu apa yang
                   mereka perlukan dalam kerja mereka. Pihak pengurusan hanya perlu susun
   1   2   3   4   5   6