Page 71 - E- MODUL HIKAYAT
P. 71

KEGIATAN INDIVIDU 1

                     1.  Bacalah Hikayat Berikut!

                                               Cendera Kirana Menyamar Jadi Kelana
                             Karena perbuatan salah seorang ibu tirinya Cendera Kirana tidak tahan lagi
                        dan karena itu ia meninggalkan kota itu dengan ibu tirinya yang lain, Mahadewi,
                        seorang  menteri  dan  dayang-dayang.  Dalam  masa  pengembaraan  ini  banyak
                        peristiwa  terjadi.  Misalnya  penyamaran,  pertukaran  nama,  peperangan,
                        permainan  wayang  dan  sebagainya.  Babak  paling  menarik  dalam  cerita  panji
                        adalah babak-babak penyamaran. Penyamaran dalam cerita-cerita panji bertujuan
                        untuk: menyembunyikan identiti sebenar supaya jalan cerita menjadi bertambah
                        panjang dan menarik.
                             Raden  Galuh  Cendera  Kirana  bertindak  melarikan  diri  dari  istana  dan
                        membina  sebuah  negeri  yang  lain.  Ketika  itu  dia  telah  mengarahkan  kedua-dua
                        pengiringnya  (yang  telah  menyamar  menjadi  pahlawan)  bertindak  merampas
                        harta  benda  orang  yang  lalu  lalang  berhampiran  dengan  negeri  mereka.  Raden
                        Galuh Cendera Kirana pula bertindak menyamar menjadi pria dan menukar nama
                        menjadi Panji Semirang Asmarataka. Antara yang dirampas ialah barang-barang
                        hantaran  pihak  Raden  Inu  kepada  Galuh  Cendera  Kirana  kareang  disangkakan
                        oleh mereka masih berada di istana Ratu Daha. Rampasan itu membuatkan Raden
                        Inu sendiri yang kemudiannya pergi ke negeri Panji Semirang.
                             Penyelesaian dapat dilakukan bagaimanapun Inu tidak tahu raja yang sedang
                        berhadapannya adalah Galuh Cendera Kirana. Raden Inu kemudiannya ke istana
                        Daha dan diberitahu bahawa Raden Galuh Cendera Kirana telah hilang dari istana.
                        Sebagai  ganti,  Inu  dikahwinkan  dengan  Galuh  Ajeng.  Inu  pula  sentiasa  teringat-
                        ingat Panji Semirang Asmarataka (Galuh Cendera Kirana) yang ditemuinya semasa
                        dalam perjalanan ke istana Daha. Tambahan pula dia merasa benci dengan sikap
                        Galuh  Ajeng  yang  terlalu  mengada-ngada.  Akibatnya  Inu  lari  meninggalkan
                        isterinya  itu  lalu  keluar  mengembara  mencari  Panji  Semirang  yang  dirasakan
                        olehnya mempunyai daya tarikan yang istimewa dan “unik”.
                             Peleraian  cerita  berlaku  apabila  watak  Raden  Galuh  Cendera  Kirana  yang
                        menyamar sebagai pemain gambuh telah ditemu dan mengenali oleh Raden Inu
                        Kertapati. Yang aneh dalam setiap cerita panji, watak Galuh pasti akan mengenali
                        watak Inu yang sedang menyamar.
                             Bagaimanapun Galuh Cendera Kirana sukar sekali untuk dikenali Raden Inu
                        Kertapati  yang  sedang  dalam  penyamaran.  Cuma  dikatakan  Inu  amat  tertarik
                        dengan orang yang sedang berhadapan dengannya dan cara layanan Inu terhadap
                        “lelaki”  yang  bersama-samanya  agak  aneh.  Layanannya  seolah-olah  lelaki  itu
                        perempuan terutama terhadap Panji Semirang.
                             Identiti  Galuh  Cendera  Kirana  diketahui  oleh  Raden  Inu  apabila  dia
                        ternampak  Raden  Galuh  Cendera  Kirana  sedang  bermain-main  dengan  anak-
                        anakkan emas pemberiannya. Selepas pertemuan itu kedua-dua mereka pulang ke
                        istana Ratu Kuripan dan dikahwinkan.
                                                                              (Hikayat Panji Semirang)

                     2. Analisislah karakter dalam tokoh-tokoh dan jalan ceritanya.
                     3. Analisis pulalah nilai dan jalan ceritanya.
                     4.  Ungkapkan  perasaan  Anda  secara  lisan  yang  berkaitan  dengan  tokoh  cerita,
                       peristiwa  yang  terjadi,  dan  nilai-nilainya.  Untuk  membantu  Anda  dalam
                       mengungkapkan perasaan, gunakanlah bagan berikut.
                                                          Bahasa Indonesia SMA/MA Kelas X |              70
   66   67   68   69   70   71   72   73   74   75   76