Page 27 - SLDN_PERANTIS
P. 27

Abdul Hadi bersama rakan perantis mengikuti latihan di
                 bawah pimpinan tenaga pengajar yang terlatih



            Saudara Abdul Hadi bin Ahmad Razly mengakui
            bahawa beliau pada peringkat awalnya tidak
            mengetahui akan kewujudan SLDN namun setelah
            diperkenalkan oleh salah seorang guru muziknya di FR
            Fenomena Enterprise, beliau mengakui bahawa sistem   1
            ini amat memenuhi apa yang beliau cari selama ini.
            Diiringi dengan minat beliau tidak melepaskan peluang
            untuk mengikuti kursus muzik melalui program SLDN
            dengan kaedah yang fleksibel dan singkat.

            Beliau juga berpendapat bahawa SLDN patut
            disebarkan secara meluas lagi kerana terdapat banyak
            lagi bakat hebat di luar sana yang harus diberi peluang
            untuk diiktiraf dan dipertingkatkan ke tahap yang
            lebih tinggi. Harapan beliau agar apabila tamat latihan
            nanti, beliau dapat menjana ekonomi untuk diri dan
            keluarganya  di  samping  dapat  berkongsi  ilmu  yang
            diperolehi dengan masyarakat.                     2

                                                              1 & 2  Perantis juga diuji kemahiran menggesek alunan
                                                                   biola secara individu dan berkumpulan
                                                                                                       25
   22   23   24   25   26   27   28   29   30   31   32