Page 29 - SLDN_PERANTIS
P. 29
1
1 Chan Siew Ling mengikuti SLDN di Hotel Grand
Margaretha, Kuching yang bekerjasama dengan
Ethos Academy of Skills Development 2
Saudari Chan Siew Ling merupakan seorang
pemegang pingat perak di WorldSkill Sarawak
dalam bidang perhotelan yang berlangsung
pada 2017. Menurut beliau, semua ini adalah
berkat ilmu dan kemahiran yang diperolehnya
semasa mengikuti latihan kemahiran melalui
SLDN. Beliau berpendapat bahawa SLDN
adalah bersesuaian dengan industri kerana ia
memberi pendedahan yang lebih kepada amali
berbanding teori di samping meningkatkan
kebolehpekerjaan perantis. Justeru, beliau
menyeru kepada rakan-rakan di luar sana
agar merebut peluang untuk menyertai SLDN 2 3
kerana manfaatnya yang besar.
2 & 3 Semua perantis bertanggungjawab memastikan setiap pelanggan
mendapat perkhidmatan yang terbaik
27