Page 31 - SLDN_PERANTIS
P. 31
Appleswari yang mengikuti laithan kemahiran di My Beauty Academy Sdn. Bhd.
turut bergiat aktif dalam aktiviti-aktiviti luar
Puan Appleswari a/p Ramulu yang kini memiliki
perniagaan Ayuverda sendiri mengakui bahawa SLDN
amat berguna kepada perantis kerana ia mengutamakan
kepada latihan praktikal berbanding teori. Hal ini
amat membantu perantis untuk meningkatkan tahap
keyakinan dan kemahiran mereka ke tahap lebih tinggi.
Beliau juga berpendapat bahawa SLDN banyak
memberi peluang kepada golongan yang kurang
berkemampuan untuk melanjutkan pengajian kolej atau
universiti untuk memperbaiki taraf kehidupan mereka.
Selain itu, ia secara tidak langsung memberi manfaat
kepada Negara dengan peningkatan jumlah personel
terlatih dalam industri kecantikan.
29