Page 51 - SLDN_PERANTIS
P. 51
1 2
Saudara Leabner Aliun secara jujur mengakui sukar mendapatkan pekerjaan selepas tamat pengajian walaupun
memiliki kelayakan Diploma Binaan Bangunan daripada salah sebuah institusi pengajian awam tempatan.
Justeru selepas memperolehi maklumat berkenaan SLDN, beliau terus mendaftarkan diri untuk mengikuti
kursus Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang Operasi Pembinaan Jalan Raya melalui kaedah tersebut.
Beliau sememangnya terkejut kerana berjaya mendapatkan pekerjaan dengan mudah sejurus tamat latihan.
Hal ini kerana penekanan SLDN terhadap latihan praktikal dengan suasana tempat bekerja yang sebenar
membolehkan beliau meningkatkan lagi kemahiran beserta dengan keyakinan diri untuk melakukan sebarang
tugasan dengan jayanya. Beliau berharap agar SLDN dapat diperluaskan lagi untuk membantu belia di luar
sana mendapatkan pekerjaan selepas tamat pengajian sepertinya.
3
1, 2 & 3 Leabnur dan rakan-rakan perantis yang lain terlibat dengan projek pembinaan Lebuhraya Pan-Borneo yang menyambung
laluan darat antara Sabah dan Sarawak di mana ia membuka peluang pekerjaan dan permintaan tinggi untuk pekerja yang
berkemahiran
49