Page 3 - karya anggota ISKB
P. 3

KESYUKURAN KU

                                           Saya bersyukur kepada Mu ya Tuhan. Pertama-tama atas kewujudan ku
                                    sebagai seorang peribadi manusia yang Engkau cipta menurut Mu yang lengkap

                                    dengan pancaindera.
                                       ➢  Mata untuk melihat..Telinga untuk mendengar..
                                       ➢  Otak untuk berfikir dan memahami..Mulut untuk berbicara..
                                       ➢  Hidung untuk menghidu..Lidah untuk merasa kelazatan..
                                       ➢  Tangan untuk menyentuh dan bekerja...Hati untuk merasa pahit dan
                                           manis..
                                       ➢  Nafas untuk hidup..Jiwa untuk mendiami tubuh
                                       Tuhan pancaindera seluruh fizikal ku syukuri kerana masih ada daya untuk
                                    bergerak, berfungsi dan menikmati segala ciptaan Mu (alam semesta) termasuk
                                    fizikal  yang  Engkau  cipta  ini  dengan hembusan  nafas Mu  sendiri untuk  hidup.
                                    Tuhan terima kasih, walaupun ada bahagian-bahagian fizikal ku yang sering sakit,
                                    namun  Engkau  membenarkan  kuasa  Mu  untuk  memulih,  menyembuh,
                                    membentuk dan menguduskan semula melalui berkat doaku dan sesame serta
                                    kepakaran  para  ahli  medik  yang  semuanya  berasal  dan  bersumber  daripada
                                    Engkau, sumber inspirasi, kebijaksanaan dan rahmat.
                                           Tuhan walaupun dulu saya pernah merasa tidak puas dan menolak segala
                                    kekurangan fizikal ku, tetapi kini saya menerima seadanya kerana bukan kecentikan
                                    atau keindahan yang menjadi ukuran, tetapi yang penting semuanya masih dapat
                                    berfungsi sesuai kehendak Mu. Terima kasih Tuhan. Tuhan,ampuni saya kerana
                                    sering malas dan menyalahgunakan pencainderaku.
                                           Terima  kasih  Tuhan  kerana  nafas  yang  Engkau  hembus  memberi  hidup
                                    kepada  jiwa  dalam  tubuhku.  Engkau  beri  ku  hati  yang  peka  untuk  merasa
                                    mengasihi, mengampuni, mendengar, melihat akan keindahan segala ciptaan Mu
                                    di  bumi  ini  termasuk  peribadi  ku  seadanya.  Sebab  itu,  saya  mampu
                                    tersenyum,bergembira, berkorban demi menyenangkan hati-Mu dan sesama.
                                           Tuhan,  segala  sesuatu  yang  saya  lakukan  atau  tidak  pada  saudara  yang
                                    paling hina sekalipun bererti saya sudah lakukan atau tidak lakukan umtuk Mu (Mat
                                    25:40). Tuhan ini adalah jalan sederhana ku mencapai Mu setiap saat. Engkau tidak
                                    melihat kemampuan ku tetapi kejujuran ku melaksanakannya dari hati yang penuh
                                    kasih, kerendahan dan kepercayaan demi kesejahteraan sesama dan kemuliaan
                                    namaMu. Samada baik atau sebaliknya kata-kata, perbuatan, sikap dan sifat luaran
                                    ku Tuhan, itu ditentukan oleh suara hati. Maka, ampuni saya Tuhan atas segala
                                    kata-kata,  perbuatan  dan  karakteer  yang  menyakiti  Mu  dan  sesama.  Tuhan,
                                    sembuh dan kuduskanlah fizikal, emosi rohani dan mental ku.
                                           Tuhan,  Engkau  tidak  pernah  menghukum  dan  meninggalkan  saya.
                                    Pengelaman  pahit  yang  ku  alami  adalah  silap  ku  sendiri,  mungkin  akibat
                                    pelanggaran  ku  pada  hokum  cintakasih  Mu.  Pengalaman  manis  adalah  berkat
                                    ketaatan  ku  pada  kehendak  dan  firman  Mu.  Sebab  Engkau  pernah  berfirman:
                                    “Jikalau seserang mengasihi Aku, ia akan menuruti Firman Ku dan Bapa Ku akan
                                    mengasihi dia dan kami akan datang kepadanya dan tinggal bersama dia.” (Yoh:14-
                                    23)



                                    Rita Titing
   1   2   3   4   5   6   7   8