Page 4 - karya anggota ISKB
P. 4
AKU UMPAMA KUPU-KUPU
Aku ibaratkan diri ku kupu-kupu yang indah terbang bebas
ke sana ke mari dan sering mendapat rakan kupu-kupu yang lebih
indah daripada ku, juga tidak kurang yang tidak berapa indah.
Namun, saya menyedari bahawa keindahan yang ada pada
diriku bukanlah satu tiket untuk teerus menguasai dunia bebas ku.
Pun begitu, saya sentiasa disedarkan bahawa keindahan yang ada
pada ku serta bakat-bakat semulajadi yang ada datangnya dari
Tuhan yang Maha Kuasa dan perlu saya syukurinya.
Maka itu, walaupun diri saya kupu-kupu yang indah, namun
saya berusaha untuk berteman dengan ungags-unggas yang lain,
walaupun berlainan warna kulit dan bentuk rupa. Namun,
kekadang saya tertewas oleh keindahan diri ku sendiri untuk
menyingkirkan ungags-unggas yang lain yang tidak berapa indah.
Apabila terbang bersama-sama seringkali saya terpadaya dengan
warna-warna yang indah serta haruman yang semerak mewangi.
Namun hakikatnya warna-warna indah akan bertukar
sekelip mata dan haruman yang berbagai-bagai terkadang boleh
menjadi racun bagi tubuh ku yang indah. Lalu, saya mengambil
keputusan untuk terbang sendirian.
Tetapi kesunyian selalu menguris duka ku tapi ku gagahi
jua dan memohon kekuatan dari yang Esa untuk menempuh jalan
hidup ku. Saya sedari bahawa saya hanya ciptaan-Nya yang kerdil
lagi lemah, maka hari demi hari saya mahu mengubah cara
hidupku dan mencipta dunia baru ku bersama Dia yang telah
menciptakan ku dan menuntun jalan ku di dunia fana ini.
Kini aku terbang bebas bersama segenggam harapan dan
sekali lagi memilih hidup yang lebih bererti. Walaupun, terbang
seorang diri, namun jauh di lubuk hati ku berkata bahawa aku
bukannya keseorangan tetapi bersama terbang dengan Dia
sahabat hati ku yang paling dalam..
HENDRY MAJIT