Page 5 - karya anggota ISKB
P. 5
RODA KEHIDUPAN
Sebuah roda yang siap lengkap
dengan keperluannya. Rim. angin,
susunan getah-getah yang
menguatkan lagi ketahanannya,
bunga-bunga yang indah
mengukuhkan perjalanannya. Ia
begitu indah, siap untuk dipasang.
Namun, apabila ia berjalan,
kadangkala ia berada di atas dan
kadangkala di bawah. Apabila ia
berada di atas, segala kegembiraan,
kebahagiaan dan kesenangan dapat
dirasai.
Namun, siapa yang mengerti bila
masanya ia berada di atas atau di
bawah. Semuanya berlaku tanpa
kerelaan, dan siapa pula yang mahu
mengerti kesakitan yang dirasainya
apabila ia berputar menyelusuri
jalan, terhampas oleh batu-batu,
tercucuk ranting duri.
Tiada siapa yang mahu
bertanya. Hanya ia sendiri yang
mengerti, memikul dengan penuh
ketabahan. Bertapapun sukarnya
perjalanan, ia tetap bersyukur kerana
dapat mengimbangi sebuah
perjalanan dan berbakti menghantar
mereka sampai ke destinasi yang di
tuju.
Rose Sintum