Page 10 - karya anggota ISKB
P. 10

HIDUP KU

                 Saya  bersyukur  kepada  Tuhan

          kerana anugrah kesihatan badan dan

          kerohanian.  Dalam  tugasan  harian,

          saya sering merungut tetapi firman

          Tuhan memberi saya kesedaran bahawa
          tanpa  kasih  semua  pelayanan  tidak

          berguna (1 Kor 13:1-7)


                 Pengalaman kursus di PUSKAT pada

          tahun 1978 turut menyumbang ke arah

          pembentukan iman saya. Ini ditambah

          lagi  dengan  dorongan  paderi  pada

          ketika  itu  (Fr.  De  Wit).  Semasa
          menjalani               kursus,            saya           tidak

          mencapai tahap lulus dan ini sungguh

          mengecewakan  saya.  Namun,  Father

          mengatakan               bahawa           Tuhan           tidak

          melihat  markah  tetapi  keihlasan

          hati seseorang yang mahu melayani.

                 Apa   bila timbul keraguan di hati
          saya, firman Tuhan menjadi sandaran

          iman yang kukuh. Terima kasih Tuhan.





          Lucia Gotit
   5   6   7   8   9   10   11   12   13   14   15