Page 14 - karya anggota ISKB
P. 14

Ku sedari, Bapa
      Bertapa aku tiada apa-apa di hadapan Mu

      Bertapapun tingginya layang-layang itu terbang

      Tanpa tiupan angin kuasa Mu
      tanpa kebijaksanaan Si Pemegang Tali

      Layang-layang pasti jatuh terkulai



      Dan aku..
      hanyalah layang-layang yang tidak punya apa-apa

      yang bersandar pada kebaikan angin

      yang berserah pada kebijaksanaan Sang Pemegang Tali
      yang bernaung pada kesetiaan-Mu

      yang berharap pada kasih-Mu


      Bapa..

      Bentuklah aku

      seturut kehendak dan rencana-Mu
      kerana aku sedari kini

      kebebasan sejati layang-layang itu

      adalah berpaut pada tangan Sang Pemegang Tali
      Yakni, Bapa dan Allah ku

      Pemilik alam semesta

      Sang Pencipta ku.


      Tmay

      Dewan Rumah Jubli
   9   10   11   12   13   14   15   16   17   18   19