Page 17 - karya anggota ISKB
P. 17

Dear my Loard

            Tuhan Allah ku yang esa, yang telah mencipta

     segala sesuatu yang ada di bumi, di langit dan segala

     hidupan  dalam  air.  Ku  puji,  ku  muliakan  dan  ku

     sembah Dikau ya, Allahku.

            Ya Yesus Tuhan dan penyelamat ku, beserta

     dengan Roh Kudus dan Bonda Maria. Saya sangat-
     sangat  tertegun  dan  terus  mengagumi  segala

     pemberian Mu yang sungguh-sungguh luar biasa dan

     unik yang Kau berikan kepada saya.

            Oh, syukur dan terima kasih Tuhan atas segala

     kesempurnaan  yang  ada  pada  tubuh  badan  ku.
     Terima kasih Tuhan atas anugrah yang Kau berikan
     sehingga bakat-bakat yang Engkau berikan itu dapat
     saya guna pakai dengan baik sekali. Syukur ya Tuhan

     atas  sifat-sifat  yang  baik  yang  ada  pada  ku  dapat
     menyenangkan  sesame  ku  dan  sifat  kerharmonian
     antara  ciptaan  Mu  yang  sangat-sangat  bermakna

     dalam hidup ini.

            Ya  Allah  ku,  sesungguhnya  saya  tidak  dapat
     menyatakan/mengungkapkan  rasa  syukur  dan

     terima  kasih  saya  kepada  Mu  atas  anugrah  cinta
     kasih  Mu  yang  besar  yang  Kau  berikan  secara
     percuma. Tetapi saya percaya bahawa Engkau Tuhan
     dapat  melihat  dalam  diri  peribadi  ku  bagaimana

     besarnya pujian syukur dan terima kasih ku kepada
     Mu.

            Akhir  sekali  ya  Tuhan,  ku  pinta  pada  Mu,

     pimpinlah  aku,  bimbinglah  aku,  bentuklah  aku
     seturut kehendak Mu kerana aku ini ciptaan Mu yang
     lemah  dan  hanya  berharap  serta  berserah  kepada

     Mu Tuhan Sang Pencipta semesta alam. Amin

     Sekian

     Lusiah Tubah
   12   13   14   15   16   17   18   19   20   21   22