Page 18 - karya anggota ISKB
P. 18
Ke hadapan sahabat dan kekasih ku yang sejati...
Pertama sekali saya amat berterima kasih dan bersyukur kerana Engkau
tidak pernah melupakan aku, meskipun aku sendiri di dalam kehidupan setiap
hari seringkali lupa di manakah Engkau atau apakah yang sedang Kau lakukan...
Namun, kerana kasih Mu yang tidak terbatas, Engkau terus menerus
mengutus surat kasih yang sering kali mendorong ku untuk lebih mengenali,
menghargai dan mengasihi kehidupan ku secara jasmani dan rohani, kerana
iayanya adalah hadiah yang amat berharga.
Namun, untuk pertama kalinya melalui surat ini aku benar-benar mohon
sejuta keampunan kerana tidak pernah memperhatikannya di masa lalu...
Sehabat dan kekasih ku,
Surat Mu yang baru saja ku terima telah memberikan aku sesuatu yang
tidak dapat ku ungkapkan dengan kata-kata dan melukiskannya pun saya tidak
mampu mengambarkannya. Hanya satu cara yang mampu ku lakukan iaitu
melafazkan ucapan ‘syukur’ atas rahmat cinta kasih Mu...
Sesungguhnya, surat Mu itu menambahkan lagi kerinduan ku untuk
bertemu dengan Mu suatu saat nanti...Itu aku pesti dan yakin.
Syukur Yesus Kristus, sahabat dan kekasih ku yang sejati
Sekian dari ku yang merindui Mu,
- Cia –
Lucia Apou