Page 22 - karya anggota ISKB
P. 22

Untuk Allah Bapa yang ada di surga bersama Yesus yang dikasihi...


                              Segala puji dan syukur Tuhan ke atas rahmat kesempatan dan peluang
                       yang Engkau berikan, sehingga saya boleh bersama-sama menikmati hidup di
                       alam ciptaan Mu yang indah ini. Terima kasih juga saya ucapkan kerana Tuhan
                       telah membentuk saya dengan begitu baik sekali melalui ibu bapa saya tanpa

                       cacat dan cela... Apapun kekurangan pada diri ini, itu adalah suatu hukuman
                       kodrat dan saya terima dengan rela apa yang telah tersurat dalam nasib hidup
                       saya.


                              Terima kasih juga Tuhan kerana Engkau memberikan saya sifat-sifat yang
                       baik  dan  apa-apa  yang  baik  itu  datang  daripada  Engkau  dan  yang  jahat  itu
                       datang daripada perilaku saya sendiri, saat bila saya tidak setia kepada Mu.

                       Namun Tuhan, tolonglah saya dengan bantuan Roh Mu agar saya, hari demi hari
                       dapat mengubah cara hidup yang tidak baik itu. Saya percaya dengan bantuan
                       rahmat Mu, saya boleh melakukannya.


                              Terima kasih juga atas berkat-berkat semulajadi yang ada pada diri saya
                       dan saya mohon Tuhan agar saya boleh menggunakan bakat-bakat saya untuk
                       menolong  sesama,  khususnya  pelayanan  di  ladang  Mu  dan  bukan
                       menyelahgunakan bakat-bakat istimewa itu untuk kepuasan sendiri belaka.


                              Terima  kasih  Tuhan  sekali  lagi  atas  kesempatan  ini.  Semoga  Engkau
                       memberikan saya rahmat iman cintakasih dan kesebaran. Ajarilah saya untuk
                       mengutamakan  Engkau  dalam  setiap  perjalanan  hidup  saya.  Biarlah  saya

                       menjadi  penyalur  rahmat  cintakasih  Mu  kepada  semua  orang  yang
                       memerlukannya.

                              Terima kasih Tuhan dan sampai kita bertemu lagi di lain lambaran. Bye.


                       Hamba Mu yang tak layak,

                       Hendry Majit
   17   18   19   20   21   22   23   24   25   26