Page 24 - karya anggota ISKB
P. 24
Bapa Surgawi yang Maha Pengasih,
Selamat petang Bapa,
Lewat coretan using ini, Bapa, ku persembahkan ungkapan syukur dan terima
kasih di atas segalah anugerah yang telah Bapa berikan.
Pertama sekali Bapa, aku ingin mengucap syukur dan terima kasih kerana
anugerah pancaindera yang sempurna. Dengan mulut ku, aku dapat
berinteraksi dan berkomunikasi dengan sesame. Bertapa beruntungnya aku,
Bapa! Namun, ku akui Bapa, kadangkala mulut ini telah digunakan untuk
menghakimi sesama. Ampuni daku Bapa.
Alam ciptaan Mu yang indah dapat ku nikmati lewat penglihatan ku.
Bertapa aku terpesona, Bapa! Bunyi aliran air sungai yang mengalir
mengungkapkan kasih Mu kepada ku. Kicauan beburung pagi, mengingatkan
daku kepada keagungan Mu, Bapa. Desiran dan hembusan angin menyatakan
kelembutan kasih Mu. Semua ini dapat ku rasa dan hayati kerana anugerah
pendengaran yang Engkau berikan. Terima kasih Bapa!
Bapa sinaran terik mentari pagi melambangkan kasih Mu yang tidak
berbelah-bagi kepada seluruh mahkluk di alam maya ini. Merenung kepada
kebaikan Mu, Bapa, memberi daku kekuatan untuk lebih toleran kepada
sesame yang tidak tahu apa yang mereka perbuat.
Keceriaan wajah-wajah yang ku temui hari ini, Bapa, mendorong aku
untuk terus optimis dengan berserah kepada kehendak dan rencana Mu. Bapa,
tiada kata puitis untuk mengungkap keindahan berpaut kepada tangan kasih
Mu.
Akhirnya Bapa, ku panjatkan pujian syukur kerana semua bakat yang
telah ku terima. Engkau memberi ku kesempatan untuk dapat belajar
berbahasa. Melalui pengetahuan Bahasa, aku dapat mengenal ramai orang,
memahami maklumat yang disampaikan secara lisan mahupun dalam media
cetak dan elektronik. Ini juga membantu aku untuk membaca, merenung dan
menghayati kasih dan keagungan Mu lewat tulisan-tulisan para pujangga
Gereja.
Bapa, milik Mulah segala masa. Terima kasih kerana memberi ku waktu
untuk menyatakan sepercik rasa syukur. Masih banyak yang ingin ku bicarakan
dengan Bapa. Namun, aku pesti akan punya kesempatan lagi untuk berbagi rasa
lewat coretan akan datang.
Terima kasih Bapa!
Anak Mu,
Mary Tunsin – Tmay

