Page 19 - karya anggota ISKB
P. 19
My dearest Tuhan Yesus Kristus
Saya mengucapkan syukur dan terima kasih yang tidak terhingga di atas
campurtNGn Mu ke atas diri ini dan kehidupan harian ku. Segala anugrah Mu kepada
ku adalah yang terbaik dan termanis bagi diri ku. Syukur ku panjatkan sekali lagi.
Terima kasih di atas tubuh badan yang sederhana dan kesempurnaan
pencaindera yang lain. Dengan mata, saya dapat melihat ciptaan Mu yang indah
danunik. Pencaindera pendengaran membolehkan saya mendengar segala macam
bunyi. Mulut pula boleh berkata-kata walaupun tidak seindah pujangga.
Syukur ku panjatkan di atas kerunia bakat dan ilmu yang bernafaat untuk diri ku
yang yang mana boleh ku kongsikan bersama dengan orang lain. Terima kasih, inilah
aku seadanya. Rahmat Mu yang Kau berikan ke atas diri ku ini, tidak dapat ku
ungkapkan atau gambarkan. Begitu dalam kasih Mu kepada ku tetapi hanya terima
kasih dan syukur yang mampu ku lakukan.
My dear Tuhan Yesus Kristus,
Syukur di atas bimbingan Mu di dalam kehidupan ku. Aku sungguh gembira dan
Bahagia menerima seadanya diri ini. Aku belajar mengasihi dan mencintai diri ini yang
serba kekurangan. Aku juga dapat belajar mengasihi orang lain, dapat merasa
kesukaran orang lain dan melalui bakat-bakat dan keistimewaan anugrah Mu dapat
membantu mereka yang memerlukan.
Sepanjang menjadi pembimbing, adakalanya saya merasa bosan dan mahu
melarikan diri, namun Engkau sering memberi kekuatan pada diri ini. Terima kasih di
atas pimpinan Mu ke atas diri ini. Rahmat Mu ke atas diri ini adalah sukar
dimengertikan. Syukur!
Akhir kata, syukur di atas rahmat Mu yang indah dan unik ini. Semoga Engkau
sentiasa bersama ku sepanjang hidup ku. Moga kita bertemu lagi di lain warkah dan
kesempatan yang mendatang.
Your Loving friend,
Regina Philip