Page 23 - karya anggota ISKB
P. 23
Kepada Mu Tuhan Yesus Kristus,
Aku membawa ke hadapan Mu, pujian dan
syukur ku yang tiddak terhingga di atas
kemurahan dan cintakasih Mu, kerana aku telah
Kau berikan pancaindera yang sempurna dan
aku telah Kau bentuk menurut gambar dan rupa
Mu sendir i. Tak terkata kegembiraan ku kerana
hadiah kehidupan yang Kau anugerahkan
kepaada ku.
Kini... telah ku lukis nama Mu di hati
senubari ku. Biarlah hanya Engkau saja yang
merajai hidup ku dan menjadi yang terutama
dari segalanya supaya tidaklah menjadi sia-sia
hidup ku selama mendiami dunia ini. Langkah
kaki ku juga akan sentiasa terjaga. Oleh kerana
itu, ku puji dan sembah Engkau ya Allah ku
sampai selamanya...
Daripada anak Mu yang masih di dunia,
Regina Vitalis