Page 25 - karya anggota ISKB
P. 25
Buat Yesus, sahabat ku yang sejati,
Hadiah istimewa dari Mu sempena hari ulang tahun kelahiran ku telah pun
selamat ku terima. Terima kasih dan saya senang dan gembira sekali
menerim anya.
Tahun demi tahun saya terima hadiah demi hadiah, namun kali ini
merupakan yang teristimewa sekali dalam hidup ku Yesus. Istimewa, bahkan lain
dari yang lain. Maksud saya, setelah membuka, membaca dan merenung setiap
kata-kata yang telah Engkau ungkapkan dalam 3 bungkusan hadiah.
Bungkusan pertama, Engkau telah menyenaraikan bertapa indah, istimewa
dan rapinya fizikal saya dicipta. Engkau dengan jujur menyedarkan dan memuji
kecantikan muka, rambut, mata, telinga, mulut hidung dan kaki ku. Baru saya
sedar bahawa memang Bapa di surga mencipta ku menurut gambaran citra-Nya
dan Ia melihatnya amat baik sekali. Yesus, anggapan yang tidak baik dan indah
terhadap fizikal ini adalah menurut pandangan manusiawi ku. Maafkan saya Yesus
kerana kurang menghargai dan menyintai Mu sumber segala ciptaan.
Bungkusan kedua, Engkau mengungkapkan pujian dan tahniah kerana sifat
saya yang berani berkorban demi Mu, sentiasa gembira, ramah-tamah, sabra,
rendah hati, mudah mengampuni, menyerah diri pada kehendak Bapa dengan
penuh kepercayaan dan cinta kasih kepada Mu sebagai sahabat sejati, walaupun
mengalami banyak rintangan dan penderitaan.
Yesus, terima kasih kerana Engkau gembira melihat sifat saya yang mudah
bergaul, disenangi oleh sesama, mudah berbelas kasih kepada orang sakit dan
bermasalah serta tidak memandang muka. Engkau sekali lagi mengingatkan saya
bahawa segala yang saya lakukan kepada sesama dan segenap ciptaan Mu telah
saya lakukan untuk Mu. Yesus, Engkaulah yang memberi saya kekuatan dalam
mengharungi hidup di dunia ini.
Bungkusan yang ketiga; Engkau mendorong saya meneruskan bakat-bakat
saya – menyanyi, membimbing, beri katekesis, renungan tentang Firman Mu
kepada sesama, mendengar dengan cintakasih dan berbelas kasih kepada mereka
yang bermasalah.
Terima kasih Yesus melalui pujian dan penghargaan Mu terhadap diri yang
seadanya ini, membantu saya terus bersemangat mengasihi dan melayani Mu dan
Tubuh-Mu (Gereja) walaupun salip-salip kehidupan datang dan pergi. Yesus
terima kasih atas hadiah-hadiah Mu itu. Saya akan berusaha untuk berani
menderita sebagai tanda kasih dan terima kasih ke atas semua hadiah Mu kepada
ku selama ini – terutama sekali kegembiraan dan kebahagiaan sejati yang telah
Engkau hadiahkan pada saya. Terima kasih Yesus!!!
Sahabat setia Mu,
Rita Titing