Page 12 - karya anggota ISKB
P. 12

RUMPUT SEMALU


           Aku bagaikan rumput semalu
           Yang tumbuh meliar di merata tempat

           Tidak kira di sawah, di padang mahupun di hutan

           Ketika disentuh ia akan menguncup
           Menyenbunyikan satu-satunya daun yang merintangi

           Dan menghias ranting-rantingnya
           Kerana ia sering menjadi mangsa

           Teraniaya oleh tangan-tangan nakal

           Yang mencacatkan susunan daun-daun kecil
           Yang tak berdaya ittu.


           Rumput semalu

           Terkadang sensitif dengan sentuhan menganggu

           Duri-durinya yang menusuk,menyakitikan
           Tetapi..

           Seketika pula daun-daun ini akan mekar semula

           Dan tersenyum menyambut sinar mentari pagi yang bersinar
           Sekali lagi ia akan memulakan kehidupan baru.



           Semalu oh semalu
           Tetapi tersirat di gerigi-gerigi daun halus itu

           Mewarnai bilah-bilah hari mendatang
           Kerana itulah hakikat kehidupan

           Yang ada terluka, disakiti dan disembuhkan

           Yang masih ada harapan dan harapan
           Bak daun semalu

           Yang kuncup seketika
           Dan mekar seketika.



           Regina Philip
   7   8   9   10   11   12   13   14   15   16   17