Page 11 - karya anggota ISKB
P. 11
AKU SEBATANG SUNGAI
Aku ini bagaikan sebatang sungai yang mahu memberi
kehidupan kepada manusia supaya manusia merasa segar, sihat
dan tidak susah mencari air minuman. Aku berniat baik kepada
manusia tetapi menghadapi banyak rintangan dan cabaran.
Kadangkala aku mahu supaya manusia itu menjaga kebaradaan
ku dan memahami keadaan ku. Memang ku sedari aku sebatang
sungai banyak bentuk dan coraknya, ada yang bengkang-
bengkok, berbatu-batan dan ada ketikanya juga bentuk ku lurus.
Memang itu lumrah kehidupan yang membuat aku cantik dan
menarik.
Aku sebatang sungai merasa sakit bila ada di antara manusia
yang tidak bertanggungjawab meracuni air ku dengan racun yang
berbagai jenis, mengubah kerjernihan air ku menjadi kabut kerana
kayu-kayan di sekeliling ku ditebang. Kadangkala, ada masanya
jentera berat menolak-nolak, mengorek dan menghentak-hentak
aku untuk merobah bentuk ku menjadi lurus. Semua ini membuat
seluruh tubuhku menjadi sangat sakit, tetapi aku tidak berdaya
untuk mengherdik atau memarahi mereka kerana aku sedar
bahawa aku hanyalah sebatang sungai yang pesrah kepada Sang
Pencipta ku.
Bila ramai kanak-kanak datang untuk mandi-manda sambil
bergurau-senda, aku turut terhibur dengan keriangan mereka.
Begitulah kisah hidup ku sebagai sebatang sungai.
Lusiah Tubah