Page 9 - karya anggota ISKB
P. 9

HARAPAN

                    Pengelaman  hidup  di  masa  lalu,  benar-

             benar         menghambat                pertumbuhan               hidup

             terutama  dalam  hidup  kerohanianku.  Apa

             yang  seharusnya  diberikan  kepada  ku  tidak

             pernah  diberikan.  Apa  yang  seharusnya

             menjadi hak milikku, tidak pernah ku miliki.

                    Ada  kalanya  terasa  kehadiran  serta

             kewujudan diri ini dalam dunia nyata tidak

             pernah  dihargai  malah  mungkin  pernah

             dirasa  satu  bebanan  dalam  meneruskan

             kehidupan yang serba mencabar. Adakalanya,
             bila         mengenang                segala          kekurangan,

             kelemahan bahkan ketidakseimbangan dalam

             hidup,  terutama  kehidupan  rohani  timbul

             rasa putus asa.

                    Namun kerana rahmat cintakasih Tuhan,

             saya  amat  bersyukur  kerana  berpeluang

             menyedari            kekurangan,              kelemahan              dan

             ketidakmilikan. Justeru itu dengan kuasa Roh

             Kudus, saya sekali lagi dan selamanya mahu

             kembali lagi bersama dalam Yesus Kristus.

                    Semoga            semua          yang          menghambat

             perjalanan  saya  di  masa  lalu  dapat  saya

             jadikan          sebagai          batu        loncatan            untuk

             meneruskan               perjalanan              hidup          seturut

             kehendak Allah.

             Lucia Apou
   4   5   6   7   8   9   10   11   12   13   14