Page 41 - MOSCoP Edisi 2021
P. 41

5.0    PERINGKAT SOKONGAN

                       5.1.   Keselamatan Kakitangan

                       Taklimat     keselamatan       hendaklah      dilaksanakan      oleh     Pegawai
                       Keselamatan  (Safety  Officer)  sebelum  memulakan  operasi  kawalan  dan
                       pembersihan.

                       Prosedur  keselamatan  di  lapangan  perlu  dipatuhi  sepenuhnya  iaitu
                       termasuklah penyediaan:

                       i)     Peralatan pemadaman kebakaran;
                       ii)    Jaket-jaket Keselamatan;
                       iii)   Peralatan  Perlindungan  Persendirian  (PPE)  -  tanggungjawab
                              penyediaan PPE tertakluk kepada agensi masing-masing; dan
                       iv)    Alat Komunikasi.

                       Merokok  adalah  dilarang  semasa  kerja-kerja  pembersihan  tumpahan
                       minyak dilakukan.

                       Maklumat  seperti  berikut  perlu  disediakan  dan  diserahkan  kepada
                       Penyelaras Kawasan:

                       i)     Senarai nama anggota yang terlibat dalam operasi;
                       ii)    Nama waris terdekat; dan
                       iii)   Butiran agensi/ syarikat.

                       Keselamatan kakitangan adalah di bawah tanggungjawab setiap agensi
                       yang berkenaan.

                       5.2.   Perhubungan Awam

                       Semua kenyataan media berhubung dengan kejadian tumpahan minyak
                       boleh dikeluarkan oleh Pengerusi NOC. Bagaimanapun, Pengerusi SOC
                       dan  Pengerusi  Jawatankuasa  Pembersihan  Pantai  Negeri/  Daerah
                       dibenarkan mengeluarkan kenyataan media dengan dimaklumkan kepada
                       Pengerusi NOC terlebih dahulu.

                       Format kenyataan media adalah seperti di Lampiran 14.











                                                                                                       31
   36   37   38   39   40   41   42   43   44   45   46