Page 40 - MOSCoP Edisi 2021
P. 40
4.4. Program Pemantauan Pasca Tumpahan Minyak (Post Spill
Monitoring Program)
Program Pemantauan Pasca Tumpahan Minyak yang diketuai oleh
Jabatan Alam Sekitar akan bermesyuarat dengan pihak yang mencemar
dalam tempoh 1 bulan selepas tamat operasi bagi menyelaraskan
kandungan Program atau Kajian Pemantauan Pasca Tumpahan Minyak
(Post Spill Monitoring Program).
Kandungan program akan mengambil kira aspek-aspek mengikut skop
yang ditetapkan oleh JAS tidak terhad kepada aspek yang digariskan
seperti dibawah berpandukan kepada maklumat garis pangkal (baseline
data):
i) Laut merangkumi kualiti air marin;
ii) Pesisir pantai merangkumi pasir, batuan, flora dan fauna;
iii) Sosio-ekonomi termasuk aktiviti setempat seperti nelayan,
pelancongan dsb;
iv) Kesihatan bagi anggota terlibat dan penduduk setempat.
Laporan kajian perlu dikemukakan kepada Jabatan Alam Sekitar. Kos
yang terlibat dalam menjalankan kajian ini akan ditanggung oleh pihak
yang mencemar. Kajian ini akan menjadi asas bagi tuntutan terhadap
kerosakan alam sekitar.
30