Page 38 - MOSCoP Edisi 2021
P. 38
4.0 PERINGKAT PASCA TUMPAHAN MINYAK
4.1. Penyediaan Tuntutan
Untuk menyeragamkan serta memudahkan proses tuntutan kos
pembersihan dan kerosakan akibat disebabkan tumpahan minyak, semua
maklumat berikut hendaklah dikemukakan dengan tepat beserta bukti
(cth. Dokumen, gambar dll) berhubung dengan:
i) Tarikh operasi (mula dan tamat);
ii) Lokasi operasi;
iii) Tindakan-tindakan yang diambil;
iv) Kakitangan (elaun makan, penggajian);
v) Peralatan (pakai buang);
vi) Keperluan selenggaraan;
vii) Kerugian-kerugian lain;
viii) Arahan Operasi; dan
ix) Laporan Harian.
Proses tuntutan kapal perlu dibuat dengan mengisi borang dalam
International Oil Pollution Compensation (IOPC) Fund-Claim Manual
Edition 2019 atau pindaannya yang terkini.
KATEGORI TUNTUTAN SEKSYEN
Costs of Clean Up & Preventive Measures Section A
Property damage (e.g., cleaning, repairing, or Section B
replacing property that has been contaminated by oil
such as the hulls of vessels
Economic loss in the fisheries, mariculture, and fish Section C
processing sectors
Economic loss in the tourism sector and other Section D
related businesses
Other losses including costs of reasonable Section E
measures to reinstate the environment and post-spill
studies
Tuntutan yang dibuat hendaklah selaras dengan peruntukan Akta Kualiti
Alam Sekeliling, 1974, Civil Liability Convention 1992, Bunker Convention
2001 dan International Oil Pollution Compensation Fund 1992 yang telah
diterima pakai oleh Kerajaan Malaysia. Tuntutan bagi kes-kes tumpahan
yang berpunca dari kapal hendaklah di salurkan kepada Jawatankuasa
Bahagian Tuntutan yang diketuai oleh Jabatan Laut Malaysia untuk
dikemukakan kepada wakil Protection & Indemnity (P & I Club) yang
dilantik.
28