Page 33 - MOSCoP Edisi 2021
P. 33

Aktiviti SCAT akan diselaraskan oleh Penyelaras Kejadian di PKTK
                       kawasan terlibat.

                       3.3.4  Kaedah Mengawal Tumpahan Minyak

                      Kaedah-kaedah  untuk  mengawal  tumpahan  minyak  adalah  seperti
                      mengepung  dan  mengumpul  tumpahan  (containment  and  recovery)
                      menggunakan dispersant, aktiviti pembersihan pantai dan lain-lain kaedah
                      yang difikirkan bersesuaian.

                      Faktor-faktor  yang  perlu  diambil  kira  bagi  menetapkan  kaedah  kawalan
                      tumpahan minyak adalah seperti berikut:

                       i)     Lokasi tumpahan;
                       ii)    Kuantiti serta jenis minyak;
                       iii)   Keadaan laut dan meteorologi;
                       iv)    Keupayaan bertindak balas;
                       v)     Kawasan sensitif alam sekitar; dan
                       vi)    Kawasan sasaran penting keselamatan.

                       Berdasarkan  kepada  faktor-faktor  di  atas,  Penyelaras  Kejadian  perlu
                       meneliti  kaedah  yang  paling  berkesan  bagi  mempercepatkan  tempoh
                       masa pembersihan, mengurangkan impak ke atas alam sekitar dan kos
                       yang terlibat.

                       i)     Mengepung   Dan   Mengumpul  Tumpahan Minyak (Containment
                              and Recovery)

                       Mengepung dan mengumpul tumpahan minyak adalah satu kaedah yang
                       biasa  digunakan  untuk  mengawal  tumpahan  minyak  di  laut.  Kaedah  ini
                       bertujuan untuk menyekat pergerakan minyak ke pantai atau ke kawasan-
                       kawasan sensitif.

                       Melalui kaedah ini tumpahan minyak dikepung dengan menggunakan oil
                       boom dan dikumpulkan dengan menggunakan oil skimmer, pam, sorbent,
                       teknik-teknik manual atau peralatan yang  bukan khusus. Di samping itu
                       juga  oil  boom  boleh  digunakan  untuk  mengubah  arah  pergerakan
                       tumpahan minyak menjauhi kawasan sensitif.













                                                                                                       23
   28   29   30   31   32   33   34   35   36   37   38