Page 31 - MOSCoP Edisi 2021
P. 31

3.0    PERINGKAT PELAKSANAAN TINDAK BALAS

                       3.1    Makluman Aduan Kejadian

                       Semua aduan  kejadian tumpahan  minyak  hendaklah  dilaporkan dengan
                       serta-merta  kepada  Sistem  e-Aduan  JAS  atau  hotline  JAS  1-800-88-
                       2727  dan  penerima  aduan  perlu  melengkapkan  maklumat  seperti  di
                       Borang Makluman Awal KejadianTumpahan Minyak di Lampiran 9.

                       Senarai  nombor-nombor  telefon  dan  faks  Ibu  Pejabat  Jabatan  Alam
                       sekitar,  Jabatan  Alam  Sekitar  Negeri  dan  cawangan,  Pejabat-Pejabat
                       Jabatan  Laut  Malaysia  dan  Pejabat-Pejabat  Agensi  Penguatkuasaan
                       Maritim Malaysia adalah seperti di Lampiran 10


                       JAS  akan  menjalankan  siasatan  mengikut  PTO  Penguatkuasaan
                       Tumpahan Minyak dan Arahan Tetap Operasi Penguatkuasaan (ATOP).

                       3.2    Penilaian

                       Penilaian dari udara dan laut perlu dilaksanakan bagi mendapat gambaran
                       yang lebih  jelas  serta  anggaran  yang  lebih  tepat  berhubung  kedudukan
                       tumpahan,  saiz  serta  jenis  tumpahan.  Fakta-fakta  untuk  tujuan
                       menganggar  kuantiti  serta  magnitud  pergerakan  tumpahan  dapat
                       dikuatkan  dengan  mengambil  gambar-gambar  serta  video  dan
                       berdasarkan kepada data-data meteorologi dan hidrografi.

                       Berdasarkan  kepada  maklumat  penilaian  di  atas  dan  SCAT,  NOC  atau
                       SOC  akan  bermesyuarat  untuk  menetapkan  pengaktifan  peringkat  dan
                       mengumumkan  antara  lain  perkara-perkara  termasuk  tindak  balas  dan
                       strategi  pembersihan  serta  pengaktifan  Jawatankuasa  Pembersihan
                       Pantai Negeri.

                       3.3    Tindak Balas Dan Strategi Pembersihan

                       3.3.1  Oil Spill Trajectory Modelling

                       Jabatan  Alam  Sekitar,  Jabatan  Laut  Malaysia  dan  Jabatan  Metrologi
                       Malaysia  merupakan  agensi-agensi  teknikal  yang  memiliki  perisian  dan
                       kepakaran  dalam  melaksanakan  simulasi  trajektori  tumpahan  minyak
                       diperingkat  Tier  2  dan  Tier  3.  Agensi-agensi  ini  akan  mengemukakan
                       output-output simulasi untuk merangka strategi dalam perancangan dan
                       operasi  kawalan  tumpahan  minyak.  Output-output  simulasi  trajektori
                       tumpahan minyak mengandungi maklumat-maklumat berikut:





                                                                                                       21
   26   27   28   29   30   31   32   33   34   35   36