Page 27 - MOSCoP Edisi 2021
P. 27

2.3.4  Pegawai Keselamatan (Safety Officer)

                       Pegawai keselamatan  (Safety  officer)  bertugas  di  Pos  Kawalan  Tempat
                       Kejadian dan menjalankan tugas dalam memantau dan menasihat aspek
                       kesihatan, keselamatan, sekuriti dan alam sekitar dilapangan.


                       2.3.5  Pegawai Plot (Plotting Officer)

                       Pegawai  Plot  (Plotting  Officer)  bertugas  di  Pusat  Kawalan  dan  Pos
                       Kawalan Tempat Kejadian, bertanggungjawab untuk mengemaskini semua
                       maklumat  operasi  melawan  tumpahan  minyak  dan  pergerakan  minyak
                       dipapan kenyataan yang antaranya seperti berikut:

                       i)     Senarai petugas;
                       ii)    Situasi  kes  tumpahan  minyak  yang  melibatkan  lokasi  pergerakan
                              minyak  menggunakan  Oil  Map  Trajectory  dan  memplotkannya
                              kepada carta navigasi;
                       iii)   Papan kenyataan cuaca;
                       iv)    Aset-aset melawan tumpahan minyak yang terlibat; dan
                       v)     Lain-lain maklumat yang berkaitan.


                       2.3.6  Pegawai Media (Media Officer)

                       Pegawai  Media  (Media  Officer)  bertugas  di  Pusat  Kawalan  dan
                       menjalankan tugas:

                       i)     Mengatur  sidang  media  dan  menyediakan  kenyataan  media
                              berhubung insiden tumpahan minyak;
                       ii)    Menjalinkan hubungan kerjasama bersama pihak Unit Komunikasi
                              Korporat  (UKK)  Kementerian  bagi  penyebaran  maklumat  kepada
                              pihak media dan pengurusan atasan Kementerian;
                       iii)   Mengurus permohonan lawatan daripada VVIP; dan
                       iv)    Memantau  dan  menilai  perkembangan  insiden  tumpahan  minyak
                              melalui media massa di dalam dan luar negara.



















                                                                                                       17
   22   23   24   25   26   27   28   29   30   31   32