Page 32 - MOSCoP Edisi 2021
P. 32
i) Ramalan lokasi tumpahan minyak;
ii) Lokasi pendaratan tumpahan minyak; dan
iii) Maklumat ramalan tambahan seperti kadar sejatan, emulsifikasi
dan sebagainya.
Output simulasi trajektori perlu dikemukakan kepada PKTK dalam tempoh
(4 jam) makluman aduan diterima.
3.3.2 Environment Sensitivity Index (ESI)
Environmental Sensitivity Index (ESI) merupakan peta pesisiran pantai
yang mengandungi perincian maklumat berkenaan aktiviti-aktiviti sosio-
ekonomi dan keadaan semulajadi flora dan fauna yang berisiko terjejas
akibat kejadian tumpahan minyak. Maklumat-maklumat yang terdapat di
dalam ESI adalah penting untuk memastikan kesiapsiagaan di dalam
tindakan melindungi kawasan yang sensitif dan kaedah pembersihan
sekiranya diperlukan.
Tiga maklumat utama yang terdapat di dalam ESI:
i) Klasifikasi kawasan pesisir pantai – kawasan pesisir pantai
dikategorikan kepada skala di antara 1 hingga 10 bergantung
kepada sensitiviti dan kesukaran untuk aktiviti pembersihan;
ii) Sumber-sumber biologi – data-data yang dibekalkan adalah
merangkumi haiwan-haiwan yang sensitif terhadap minyak serta
tumbuhan-tumbuhan yang sukar didapati, termasuk habitat yang
menjadikan kawasan perlindungan kepada haiwan-haiwan yang
sensitif terhadap minyak contohnya batu karang; dan
iii) Sumber-sumber yang digunapakai oleh masyarakat di persekitaran
– kawasan-kawasan yang sensitif dan mempunyai nilai komersil
contohnya pantai rekreasi, taman-taman laut, tempat perlindungan
marin, punca air, kawasan penempatan dan kawasan arkeologi.
3.3.3 Shoreline Cleanup and Assessment Technique (SCAT)
Shoreline Cleanup and Assessment Technique (SCAT) merupakan
kaedah yang digunakan bagi tinjauan di kawasan persisir pantai yang
diramalkan terjejas atau telah terjejas akibat tumpahan minyak.
SCAT ialah satu kaedah sistematik yang membantu dalam membuat
keputusan untuk pembersihan di persisir pantai dengan penggunaan
terminologi standard untuk mendokumentasi keadaan tumpahan minyak.
22