Page 28 - MOSCoP Edisi 2021
P. 28
2.3.7 Pegawai Perhubungan (Liaison Officer)
Pegawai Perhubungan (Liaison Officer) bertugas di Pusat Kawalan dan
diperlukan sekiranya tumpahan minyak merentasi sempadan negara yang
melibatkan komunikasi dengan negara luar jika melibatkan perkara
berikut:
i) Pemakluman kepada negara-negara jiran yang berpotensi
menerima impak tumpahan minyak;
ii) Negara yang diancam oleh tumpahan minyak memohon bantuan
dari Malaysia; dan
iii) Permohonan bantuan dari negara-negara jiran di rantau ini atau
sokongan antarabangsa.
2.3.8 Pegawai Komunikasi (Communication Officer)
Pegawai Komuikasi (Communication Officer) bertugas di Pusat
Kawalan dan bertugas:
i) Menentukan status peralatan komunikasi berfungsi dengan baik
dengan melaksanakan ujian panggilan untuk operasi melawan
tumpahan minyak;
ii) Melengkapkan semua keperluan komunikasi bagi operasi melawan
tumpahan minyak;
iii) Menentukan semua berita dihantar dan diterima serta
menfailkannya; dan
iv) Menentukan terdapat saluran komunikasi yang mencukupi.
2.3.9 Pegawai Pencatat (Recording Officer)
Pegawai Pencatat (Recording Officer) bertugas di Pusat Kawalan dan
bertugas:
i) Merekodkan semua data operasi melawan tumpahan minyak di
dalam buku log secara beterusan dan kemaskini; dan
ii) Merekodkan semua laporan, berita dan butir-butir khusus termasuk
panggilan telefon, e-mel dan faks.
2.4 Pakar Tempatan
Pakar-pakar tempatan yang dikenal pasti boleh dirujuk untuk membantu
NOC atau SOC dalam operasi dan penilaian impak alam sekitar akibat
tumpahan minyak. Antara disiplin kepakaran yang diperlukan adalah
18