Page 29 - MOSCoP Edisi 2021
P. 29

berkaitan  dengan  strategi  dan  teknik  pembersihan  tumpahan  minyak,
                       “environmental  economist”,  penilaian  kesan  impak  pencemaran  minyak
                       kepada persekitaran marin serta berkaitan tuntutan dan pampasan.

                       2.5    Pelantikan Kontraktor

                       Apabila  berlaku  tumpahan  minyak,  Jabatan  Laut  Malaysia  akan
                       menggerakkan  aset  dan  peralatan  yang  dimiliki  oleh  Kerajaan  terlebih
                       dahulu.  Sekiranya  diperlukan,  perkhidmatan  kontraktor  yang  berdaftar
                       dengan  Kementerian  Kewangan  akan  dipanggil  untuk  melaksanakan
                       operasi pembersihan tumpahan minyak merujuk kepada Prosedur Tetap
                       Operasi  JLM  dan  selaras  dengan  Pekeliling  Perbendaharaan  yang
                       berkuatkuasa.

                       2.6    Pengurusan Kawalan

                       2.6.1  Pusat Kawalan


                       Pengerusi NOC atau SOC akan menetapkan lokasi Pusat Kawalan yang
                       berhampiran  dengan  lokasi  kejadian  bagi  memudahkan  pengurusan
                       operasi.

                       Pusat Kawalan NOC diselaraskan oleh Bahagian Air dan Marin, JAS Ibu
                       Pejabat  manakala  Pusat  Kawalan  SOC  diselaraskan  oleh  Bahagian
                       Operasi, JAS Negeri.


                       2.6.2  Pos Kawalan Tempat kejadian (PKTK)

                       PKTK  ini  berfungsi  sebagai  Pusat  Perintah  operasi  diantara  Penyelaras
                       Kejadian  (Incident  Commander)  dan  Pemerintah  Tempat  Kejadian  (On-
                       Scene  Commander).  PKTK  ini  ditentukan  oleh  NOC  atau  SOC
                       berdasarkan faktor-faktor berikut:

                       i)     Keperluan berdasarkan SCAT dan penilaian risiko;
                       ii)    Berhampiran lokasi tumpahan;
                       iii)   Mempunyai akses ke lokasi
                       iv)    Terdapat kemudahan asas dan talian komunikasi
                       v)     Keperluan ruangan yang mencukupi untuk staging area; dan
                       vi)    Kawasan yang selamat.

                       Keperluan asas/ minima PKTK dan tidak terhad kepada:

                       i)     Papan  kenyataan  untuk  merekodkan  aktiviti  harian  dan  inventori



                                                                                                       19
   24   25   26   27   28   29   30   31   32   33   34