Page 26 - MOSCoP Edisi 2021
P. 26

ii)    Merancang strategi pembersihan dan kawalan tumpahan minyak di
                              laut  dan  di  pantai  termasuk  penyelarasan  di  peringkat  Tier  1
                              (sekiranya ada);
                       iii)   Memberi  taklimat  harian  sebelum  dan  selepas  operasi  termasuk
                              aspek Keselamatan;
                       iv)    Menjalankan  pemantauan  dan  pengawasan  di  kawasan  kejadian
                              sepanjang tempoh pembersihan;
                       v)     Menyediakan  inventori  dan  permohonan  peralatan  dan  logistik
                              kepada Penyelaras Kawasan;
                       vi)    Menyediakan  inventori  dan  permohonan  keperluan  sumber
                              manusia kepada Penyelaras Kawasan;
                       vii)   Menyediakan  laporan  harian  tindakan  pembersihan  dan  kawalan
                              tumpahan minyak;
                       viii)   Menyediakan laporan aktiviti harian kerja-kerja pembersihan untuk
                              tujuan  memudahkan  proses  tuntutan  kos  pembersihan  tumpahan
                              dan gantirugi;
                       ix)    Menyediakan  tempat  simpanan  sementara  buangan  sisa  minyak
                              yang  telah  dikumpul  dari  kerja-kerja  pembersihan  di  laut  dan  di
                              pantai;
                       x)     Menyelaras proses pemodelan trajektori tumpahan minyak (Oil Spill
                              Modelling); dan
                       xi)    Mencadangkan penamatan operasi pembersihan.

                       2.3.3  Pemerintah Tempat Kejadian (On-Scene Commander)

                       Pemerintah  Tempat  Kejadian  (On-Scene  Commander)  bagi  operasi
                       melawan tumpahan minyak dilaut adalah Jabatan Laut Malaysia.

                       Peranan OSC adalah seperti berikut:

                       i)     Merancang  strategi  dan  melaksanakan  operasi  pembersihan  dan
                              kawalan tumpahan minyak di laut;
                       ii)    Bertanggungjawab  ke  atas  penyaluran  maklumat  dan  menerima
                              arahan dari Penyelaras Kejadian (Incident Commander);
                       iii)   Menyediakan  laporan  operasi  harian  kepada  Penyelaras  Kejadian
                              (Incident Commander) termasuk permohonan peralatan, logistik dan
                              sumber manusia;
                       iv)    Memberikan taklimat operasi dan Keselamatan; dan
                       v)     Membuat penilaian operasi pembersihan di laut dan mencadangkan
                              penamatan  operasi  pembersihan  kepada  Penyelaras  Kejadian
                              (Incident Commander).






                                                                                                       16
   21   22   23   24   25   26   27   28   29   30   31