Page 35 - MOSCoP Edisi 2021
P. 35

meliputi penilaian ke atas laluan tumpahan bagi mengenal pasti kawasan-
                       kawasan  sensitif  dan  seterusnya  mengambil  tindakan  menjauhkan
                       tumpahan ke kawasan lain yang kurang sensitif.

                       3.4    Tindak Balas Penyelamatan Hidupan Liar

                       Pelaksanaan tindak balas menyelamat hidupan liar yang dicemari minyak
                       hendaklah  mengikut  Malaysia  Oiled  Wildlife  Response  Plan
                       (MOWReP). Pelan ini akan diselaraskan oleh Jabatan Alam Sekitar dan
                       diketuai oleh agensi-agensi terlibat seperti berikut:

                        BIL.            WILAYAH                  AGENSI PENERAJU MOWReP

                          1     Semenanjung Malaysia         Jabatan PERHILITAN Semenanjung
                                                             Malaysia
                          2     Sarawak                      Sarawak Forestry Corporation

                          3     Sabah                        Jabatan Hidupan Liar Sabah

                       Pelan MOWReP akan diaktifkan sekiranya terdapat hidupan liar terkesan
                       atau berpotensi terkesan akibat kejadian tumpahan minyak.

                       3.5    Prosedur Mendapatkan Bantuan Pengangkutan Udara

                       Permohonan penggunaan pesawat pengangkutan dan pemantauan udara
                       hendaklah  dipohon  secara  bertulis  melalui  Ibu  Pejabat  agensi  yang
                       mempunyai  kemudahan  pengangkutan  udara  seperti  Tentera  Udara
                       Diraja  Malaysia,  Pasukan  Gerakan  Udara  (PDRM)  dan  Agensi
                       Penguatkuasaan Maritim Malaysia. Pegawai agensi yang berada di dalam
                       SOC  dan  NOC  bertanggungjawab  menasihat,  menyelaras  dan
                       mendapatkan  kelulusan  awal  bagi  mengaturgerakkan  aset  udara.
                       Permohonan hendaklah dinyatakan dengan jelas butiran berikut:

                       i)     Tujuan penerbangan dipohon;
                       ii)    Tarikh, masa dan tempoh penugasan penerbangan;
                       iii)   Lokasi berlepas dan mendarat;
                       iv)    Jenis pesawat yang diperlukan;
                       v)     Senarai nama penumpang serta bagasi;
                       vi)    Jenis, berat dan saiz kargo; dan
                       vii)   Nama dan nombor telefon orang yang boleh dihubungi.


                       Bagi  tujuan  kawalan  tumpahan  minyak,  penggunaan  aset  udara  yang
                       diterima  akan  diselaraskan  oleh  SOC  dan  NOC  mengikut  keperluan
                       keadaan semasa.





                                                                                                       25
   30   31   32   33   34   35   36   37   38   39   40