Page 54 - SISTEM PNEUMATIK
P. 54
BAB 4 SISTEM KERJA PNEUMATIK ( PENDERIA )
4.0 PENGENALAN
Tahukah anda!. Jikalau manusia mempunyai lima deria untuk mengesan objek dan persekitaran, begitu
juga dengan sistem pneumatik. Deria sistem pneumatik terbahagi kepada dua iaitu yang bersentuhan dan
tidak bersentuhan.
4.1 PENDERIA
Tahukah anda untuk menjadikan sistem pneumatik menjadi lebih baik dalam kawalan mesin, jurutera
rekabentuk dan selenggara mestilah mempunyai pengetahuan yang mendalam dalam pemilihan peralatan
penderia yang sesuai. Kedudukan penderia dibina dalam keadaan dua bentuk penderia iaitu bersentuh
(Contact) dan tidak bersentuh (Non-Contact).
Penderia berfungsi untuk mengesan objek yang bergerak dan memberi isyarat kepada pengawal
penggerak. Dengan adanya bantuan penderia, sistem pneumatik menjadi lebih cekap dan berkesan.
Kaedah menggerak penderia boleh dibahagikan kepada tiga jenis yang utama iaitu :-
Mekanikal
Pneumatik
Elektrikal
4.1.1 Kaedah Menggerak Mekanikal
Penderia mekanikal jenis bersentuhan paling banyak digunakan dalam menggera pergerakan dan
kedudukan penggerak. Ianya dilakukan dengan operasi injap mekanikal seperti injap beroda, plug,
injap satu hala dan injap pantulan tekanan. Contoh kaedah penderia mekanikal ditunjukkan oleh
Rajah 4.1 (a) di bawah:-
Sumber: Sumber :
Rajah 4.1 (a) : Kaedah menggerak mekanikal SMC Pneumatic
Penderia jenis mekanikal ini biasanya dipasang sebagai suis penghad pada hujung gerakan silinder.
Injap jenis ini dipasang apabila terjadinya isyarat yang berlawanan di mana suis penghad biasa
45