Page 52 - SISTEM PNEUMATIK
P. 52

a.   Injap Kawalan Aliran Jenis Penghad Mudah

                    Injap jenis ini terdiri dari badan mudah dan skru pendikit yang boleh dilaras untuk mengawal orifis
                   dimana kawalan aliran akan diperolehi.Injap jenis ini biasa digunakan pada bahagian keluaran injap
                   kuasa dimana ia digunakan untuk menghadkan kadaralir angin bagi mengawal kelajuan penggerak.

                   b.   Injap Kawalan Aliran Jenis Penghad Berubah Dengan Aliran Balik Bebas

                   Injap jenis ini hanya satu aliran sahaja digunakan untuk mengawal kadaralir. Oleh itu injap sehala
                   dipasang pada injap ini. Injap ini juga
                   tidak menghadkan aliran balik.

                   Injap sehala yang terdapat pada injap ini terdiri daripada gelung getah yang boleh melentur keatas
                   apabila aliran balik berlaku.Semasa aliran terus gelung berkeadaan lurus dan mengawal kadar aliran
                   bergantung kepada skru pendikit .

                   c.   Injap Kawalan Aliran Digerakkan Oleh Sesondol Guling

                   Injap  jenis  ini  berfungsi  seperti  injap  kawalan  aliran  jenis  biasa  tetapi  sesondol  guling  digunakan
                   untuk  mengubah  kadaralir  udara  yang  melalui  injap  ini.  Kawalan  kelajuan  yang  berubah  semasa
                   lejang keluaran dan masukan boleh diperolehi dengan cara mengunakan injap ini .Injap jenis ini juga
                   membenarkan aliran balik bebas.


                   3.9.3  Injap Kawalan Tekanan

                   Injap kawalan tekanan berfungsi untuk mengawal tekanan.  Ianya terbahagi kepada dua iaitu :-
                    a.  Injap Pengurang Tekanan dengan fungsi pelega
                    b.  Injap Pengurang Tekanan tanpa fungsi pelega.


                   a.    Injap Pengurang Tekanan Dengan Fungsi Pelega.

                   Kebanyakan  injap  pengurang  tekanan  dilengkapi  dengan  fungsi  pelega  tekanan  sekunder.
                   Binaan injap ini ialah terdapat lubang kecil dibahagian bawah gegendang dan lubang laluan
                   angin  dibahagian  bawah  injap.  Dalam  keadaan  biasa  lubang  dibahagian  bawah  gegendang
                   sentiasa tertutup dan ruang laluan angin dibahagian bawah injap terbuka untuk membolehkan
                   angin melaluinya .Apabila tekanan bertambah dibahagian keluaran, gegendang akan bergerak
                   keatas. Gerakan ini akan menyebabkan batang gegendang turut bergerak keatas dan menutup
                   lubang aliran dibahagian bawah injap. Injap seperti ini sesuai digunakan untuk mengawal aliran
                   udara ke silinder .

                   b.    Injap Pengurang Tekanan Tanpa Pelega

                   Berpandukan rajah 3.29 di bawah, dalam keadaan D1 dan kadar alir dibahagian sekunder stabil,
                   injap  akan  berada  dalam  keadaan  stabil  dimana  Fs  dan  Fd  mempunyai  nilai  yang  sama.
                   Keluasan ruang aliran pada permukaan injap (dimana mengikut kedudukan gegendang) boleh
                   mempengaruhi nilai kejatuhan tekanan ∆ p yang mana ia dapat mempengaruhi tekanan dari P1
                   ke P2.

                                                                                                               43
   47   48   49   50   51   52   53   54   55   56   57