Page 48 - SISTEM PNEUMATIK
P. 48

Injap kawalan arah terbahagi kepada empat iaitu :-
                               a.  Injap kili
                               b.  Injap Popet
                               c.  Injap Gelongsor
                               d.  Injap Putar

                            a.  Injap Kili

                            Gambarajah 3.24 menunjukkan injap kawalan arah kili.  Ianya
                            terdiri daripada aci yang dibentuk menjadi sebatang kili dipasang dalam kelongsong
                            dan boleh digerakkan bagi tujuan untuk mengubah arah aliran udara.

                            Kebaikan Injap Kili :
                               Binaan mudah.
                               Daya yang digunakan untuk menggerakkan kili adalah kecil.
                               Sesuai untuk pengeluaran secara besar-besaran.
                               Aliran udara yang melaluinya lebih banyak jika dibandingkan dengan injap jenis
                            lain.

                            Keburukan Injap Kili :
                               Semasa proses memesin, ia memerlukan proses pemesinan yang berkejituan tinggi.
                               Sedikit kebocoran udara boleh terjadi pada injap.
                               Penggunaan udara yang tidak bersih ( berhabuk ) boleh merosakkan injap.
                               Pelinciran perlu pada bahagian yang menggelongsor.










                                                                              Sumber :
                                                                              SMC Pneumatic



                                               Gambarajah 3.24 : Injap kawalan arah Kili



                            b.  Injap Kawalan Arah Popet

                            Gambarajah 3.25 menunjukkan injap kawalan arah jenis popet.  Ianya diperbuat
                            daripada getah tiruan atau resin yang dipadatkan. Popet didalam injap akan menutup
                            tempat duduk injap “valve seat” pada arah paksi untuk memberhentikan aliran udara
                            atau untuk membuka injap bagi membolehkan udara melaluinya di tempat duduk
                            injap.




                                                                                                               39
   43   44   45   46   47   48   49   50   51   52   53