Page 43 - SISTEM PNEUMATIK
P. 43
Motor udara boleh dibahagikan kepada lima jenis seperti di bawah:-
Motor Ram
Motor Gear
Motor Piston
Motor Turbin
Motor Impal
3.8 PENGGERAK ISTIMEWA
Terdapat empat jenis penggerak yang boleh dikategorikan sebagai penggerak istimewa iaitu:-
Silinder Tanpa Rod
Unit Gelangsar
Silinder Rod Bergeronggang
Cuk Udara
3.8.1 Penggerak Silinder Tanpa Rod
Terdapat dua jenis silinder tanpa rod iaitu jenis sambungan magnet dan sambungan mekanikal.
Sebuah silinder konvensional yang mempunyai panjang tunjahan 500 mm, mungkin memerlukan
panjang tunjahan keseluruhan sebanyak 1100 mm.
Sebuah silinder tanpa rod yang mempunyai panjang tunjahan yang sama hanya memerlukan panjang
keseluruhan 600 mm. Oleh itu, silinder tanpa rod adalah pilihan terbaik apabila berhadapan dengan
ruang yang terhad tetapi memerlukan tunjahan yang panjang.
Silinder Tanpa Rod Silinder Tanpa Rod Jenis
Sambungan Magnet Sambungan Mekanikal
Sumber :
SMC Pneumatic
Gambarajah 3.16 : Gambarajah Silinder Tanpa Rod
34