Page 47 - SISTEM PNEUMATIK
P. 47
3.9.1 Injap Kawalan Arah
Injap kawalan arah dikelaskan mengikut ciri rekabentuk dan bergantung kepada penggunaannya
seperti di bawah:-
Mekanisma dalam injap yang mengawal aliran udara.
Bilangan kedudukan 2 atau 3. Terdapat juga injap yang mempunyai lebih dari 3 kedudukan.
Dalam kes tertentu, terdapat juga injap yang mempunyai 6 kedudukan.
Bilangan sambungan yang terdapat pada injap dimana ia disambungkan pada tiub atau salur
bertekanan yang mana ia bersambung kepada aliran di dalam injap yang dikawal oleh mekanisma
injap.
3.9.1.1 Kegunaan Serta Simbol Injap Kawalan Berarah
Jenis
Injap Simbol Kegunaan
Injap Mengerakkan motor udara dan peralatan pneumatik.
arah 2/2
Injap Memacu silinder satu tindakan atau bertindak
arah 3/2 sebagai suis “on/off”.
NC
Injap Memacu silinder satu tindakan.
arah 3/2
NO
Injap Memacu silinder dua tindakan dengan terdapat satu
arah 4/2 ekzos untuk melepaskan udara.
Injap Memacu silinder dua tindakan dengan keupayaan
arah 4/3 memberhentikan silinder pada mana-mana
kedudukan dengan menghalang udara di dalam
silinder daripada keluar.
Injap Memacu silinder dua tindakan dengan ekzos
arah 5/2 individu.
Injap Memacu silinder dua tindakan dengan keupayaan
arah 5/3 memberhentikan silinder pada mana-mana
Exhaust kedudukan dengan melepaskan udara yang berada di
centre dalam silinder.
Injap Memacu silinder dua tindakan dengan keupayaan
arah 5/3 memberhentikan silinder pada mana-mana
Close kedudukan dengan menghalang udara di dalam
centre silinder daripada keluar.
Injap Memberhentikan rod silinder pada pertengahan
arah 5/3 kedudukan dengan megimbangi udara masuk secara
Pressure serentak dibahagian hadapan dan belakang silinder.
centre
3.9.1.2 Jenis-jenis injap kawalan arah
38