Page 51 - SISTEM PNEUMATIK
P. 51
3.9.2 Injap Sehala
Injap olak-alik terbahagi kepada dua iaitu jenis “ATAU”dan “DAN” adalah satu jenis injap yang
dapat digolongkan dalam kumpulan injap sehala. Ianya mempunyai dua masukan disebelah kanan
dan kiri tetapi hanya satu masukan sahaja dibenarkan untuk menghasilkan keluaran seperti
ditunjukkan dalam gambarajah 3.28 (a) dan (b) di bawah.
KELUARAN
MASUKAN 1 MASUKAN 2
(a)
KELUARAN
MASUKAN 1 MASUKAN 2
Sumber :
(b)
SMC Pneumatic
Gambarajah 3.28 : a) Injap ATAU, b) Injap DAN
Injap Kawalan Aliran
Fungsi injap kawalan aliran dalam sistem pneumatik ialah:
Untuk mengawal kelajuan keatas penggerak dan bebannya.
Untuk memperolehi kelajuan yang tetap bagi penggerak.
Berfungsi sebagai pengkusyenan bagi hentaman beban pada akhir lejang bagi pergerakan silinder.
Untuk mengelakkan beban yang berat dari jatuh dengan tiba-tiba semasa gerakannya kebawah.
Terdapat tiga jenis injap kawalan aliran iaitu:-
Injap Kawalan Aliran Jenis Penghad Mudah
Injap Kawalan Aliran Jenis Penghad Berubah Dengan Aliran Balik Bebas
Injap Kawalan Aliran Digerakkan Oleh Sesondol Guling
42