Page 45 - SISTEM PNEUMATIK
P. 45
3.8.4 Penggerak Cuk Udara (Penggenggam)
Penggerak Cuk Udara direka untuk memegang komponen di dalam industri. Ianya banyak digunakan
sebagai tangan kepada robot. Cuk udara mempunyai dua piston yang berfungsi untuk membuka dan
menutup jaw. Gambarajah 3.21 dan 3.22 di bawah menunjukkan binaan Cuk Udara.
Sumber :
SMC Pneumatic
Gambarajah 3.21 : Penggerak Cuk Udara
Sumber :
SMC Pneumatic
Gambarajah 3.22 : Binaan Penggerak Cuk Udara
3.9 INJAP
Injap merupakan peralatan yang menerima arahan dalaman samada dalam bentuk insani, mekanikal,
elektrikal atau pneumatik untuk melepaskan, atau menghentikan atau menyalurkan kembali pengaliran
udara melauinya. Injap pneumatik terbahagi kepada lima jenis iaitu :
Injap kawalan arah
Injap Sehala
Injap kawalan aliran ( isipadu )
Injap kawalan tekanan
Injap Bergabung
36