Page 46 - DR NORMAN - AUTISMA & PEMAKANAN
P. 46
DR NORMAN - AUTISMA & PEMAKANAN
2. Suplemen Enzim Pencernaan (1-2 capsul sebelum makan)
Oleh kerana kanak-kanak dengan Autisma cenderung menghadapi masalah
pencernaan dan mungkin juga mengalami masalah ketirisan usus (LGS),
maka pengambilan suplemen enzim pencernaan dapat membantu
penyerapan nutrien seperti vitamin dan mineral.
Berdasarkan laman web Autism Canada, enzim pencernaan dapat
meningkatkan pencernaan dan mengurangkan keradangan, dan sangat
membantu pesakit Autisma. Gangguan pencernaan dan penyerapan
menyebabkan gangguan status nutrisi kanak-kanak Autisma. Gangguan
nutrisi ini akan menyebabkan dan mengganggu fungsi normal imuniti,
detoksifikasi dan fungsi otak .
64
64 https://autismcanada.org/living-with-autism/treatments/biomedical/nutritional/digestive-enzymes/
46 | P a g e